
Maxis kini membuka permohonan untuk Biasiswa Maxis 2025, satu inisiatif bagi menyokong pelajar cemerlang Malaysia dalam merealisasikan impian akademik dan kerjaya mereka. Melalui program ini, Maxis berhasrat melahirkan bakat-bakat hebat yang mampu mencipta impak positif dalam komuniti, perniagaan, dan negara. Dalam artikel ini dikongsikan kriteria permohonan Biasiswa Maxis tahun 2025.
Misi Biasiswa Maxis
Sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, Maxis komited dalam membawa teknologi terbaik untuk membantu individu dan perniagaan kekal ke hadapan. Dengan budaya kerja yang mengutamakan kepelbagaian, kolaborasi, dan prestasi, Maxis percaya bahawa kejayaan tercipta melalui peluang dan bimbingan yang betul.
Melalui Biasiswa Maxis, pelajar bukan sahaja menerima sokongan kewangan penuh, malah turut diberi peluang berkembang dalam suasana profesional yang dinamik, inovatif, dan penuh potensi.
Kelebihan Menjadi Sarjana Maxis
Sebagai penerima Biasiswa Maxis, anda akan menikmati pelbagai faedah termasuk:
- Sokongan Kewangan Penuh: Yuran pengajian, elaun sara hidup dan kos berkaitan pendidikan akan ditanggung sepenuhnya.
- Bimbingan Profesional: Anda akan menerima tunjuk ajar daripada pakar industri dan pemimpin Maxis.
- Latihan Industri: Peluang menjalani latihan praktikal di Maxis bagi menerapkan ilmu dalam suasana kerja sebenar.
- Pembangunan Kerjaya: Akses kepada bengkel, sumber kerjaya dan peluang rangkaian profesional.
- Komuniti Dinamik: Berhubung dengan penerima biasiswa lain serta pakar industri untuk membina jaringan profesional yang kukuh.
Kriteria Kelayakan
Biasiswa ini terbuka kepada pelajar yang memenuhi syarat berikut:
- Pelajar Tahun Pertama Ijazah Sarjana Muda: Terbuka hanya kepada mereka yang sedang mengikuti pengajian tahun pertama.
- Minat Mendalam dalam Pembelajaran: Mempunyai semangat tinggi untuk menguasai ilmu dalam bidang pilihan.
- Potensi Kepimpinan: Aktif dalam kegiatan kokurikulum dan menunjukkan ciri kepimpinan.
- Penglibatan Komuniti: Minat untuk menyumbang kepada masyarakat dan mencipta perubahan positif.
- Kemahiran Komunikasi yang Baik: Mampu menyampaikan idea dengan berkesan dan bekerjasama dalam pasukan.
Cara Memohon
Untuk memohon biasiswa ini, anda perlu menyediakan dokumen berikut:
- Transkrip keputusan peperiksaan pra-universiti
- Surat tawaran kemasukan ke universiti atau program pengajian
- Bukti pendapatan ibu bapa/penjaga (kedua-duanya) selama setahun , contohnya penyata cukai pendapatan
- Salinan MyKad (depan & belakang)
- Curriculum Vitae (CV) yang lengkap dan menyeluruh
- Invois yuran pengajian tahunan dari universiti/kolej tersebut
Tarikh tutup permohonan:
31 Julai 2025
Maxis percaya bahawa "Tomorrow Begins Today", impian masa depan boleh dicapai hari ini dengan usaha dan bimbingan yang betul. Jika anda bercita-cita besar, mempunyai semangat kepimpinan dan mahu mencipta perubahan, Biasiswa Maxis 2025 adalah untuk anda. Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada komuniti peneraju teknologi Malaysia.