Return to site

10 Cara Mengakses Jurnal dengan Cepat dan Mudah

· INFORMASI
Section image

Jika anda adalah pelajar, ahli akademik, dan pensyarah, pastinya anda memerlukan bahan bacaan dan sumber artikel yang berkualiti untuk dijadikan sumber rujukan bagi pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan anda. Sudah tentu ada sesetengah artikel atau bahan bacaan susah untuk diakses terutama yang melibatkan artikel daripada luar negara. Ada jurnal memerlukan subscription atau perlukan bayaran langganan baru anda dapat mengakses artikel tersebut. Oleh itu, dalam artikel ini adalah bertujuan menyenaraikan senarai website atau laman sesawang yang anda boleh guna untuk mengakses jurnal, buku atau artikel yang anda perlukan sebagai sumber rujukan anda secara percuma.

Kepentingan Mempelajari Cara Akses Jurnal dengan Betul

Mengetahui cara akses jurnal antarabangsa yang betul adalah penting kerana ia memberikan akses kepada pengetahuan dan penyelidikan terkini dalam pelbagai bidang. Jurnal antarabangsa biasanya melalui proses penilaian oleh rakan sebaya (peer-review), memastikan kualiti dan kredibiliti maklumat yang diterbitkan. Akses kepada sumber yang sahih ini penting untuk penyelidik, akademik, dan pelajar kerana ia membantu dalam membuat kajian yang mendalam, menambah baik pengetahuan sedia ada, dan menghasilkan karya yang berkualiti. Selain itu, akses kepada jurnal ini membolehkan seseorang mengikuti perkembangan terbaru dan trend dalam bidang tertentu, yang boleh memberi kelebihan kompetitif dalam kerjaya atau penyelidikan. Ia juga memudahkan kolaborasi antarabangsa dengan penyelidik lain, memperluas rangkaian profesional, dan membuka peluang untuk penerbitan bersama. Oleh itu, memahami cara akses jurnal antarabangsa yang betul adalah kritikal untuk mencapai kecemerlangan akademik dan profesional.

Senarai Laman Sesawang untuk Mengakses Jurnal secara Percuma

Berikut adalah laman sesawang yang anda guna untuk cuba akses jurnal atau buku yang anda inginkan:

1. Unpaywall : https://unpaywall.org/

Untuk mendapatkan artikel daripada website, pertama, anda perlu install browser extension pada Chrome, dan baca artikel secara terus daripada website jurnal secara legal dan percuma.

Section image
  • Contohnya, jika artikel itu free dan boleh diakses, anda akan mendapati mangga hijau itu terbuka, dan boleh tekan pada mangga dan download artikel anda.
Section image

Caranya seperti sci hub, anda hanya perlu copy link url, DOI, PMID artikel yang anda mahukan pada ruang kosong yang disediakan pada OAB website ini.

Section image

3. Paperpanda : https://paperpanda.app/

Sama seperti Unpaywall, anda perlu install chrome extension untuk mengakses berjuta artikel saintifik dan bukan saintifik dengan hanya satu klik.

Section image

Section image

DOAJ (Directory of Open Access Journals) menyediakan akses kepada lebih 10 juta artikel saintifik secara percuma daripada seluruh dunia untuk ada download.

5. OA[.]mg : https://oa.mg/

Seperti google, lama web ini dibina secara khusus untuk mencari artikel akademik. Terdapat lebih 250 juta artikel yang anda boleh akses melalui laman web ini.

Section image

Pengkalan data terbesar dalam dunia yang mana lebih 298 juta artikel boleh diakses secara free.

Section image

Terutama dalam bidang sains natural dan ekonomi, laman sesawang ini menyediakan lebih 2.4 juta artikel secara free.

Section image

Laman sesawang taylor and francis mempunyai banyak artikel yang boleh diakses dengan satu klik sahaja.

Section image

JSTOR membolehkan ahli akademik mengakses beribu jurnal dan buku daripada pelbagai bidang dan disiplin.

Section image

10. Zenodo: https://zenodo.org/

Laman web ini telah dibangunkan oleh European OpenAIRE dan ia adalah pengkalan data terbuka. Laman web ini menyimpan kertas penyelidikan, repot dan bahan berkaitan dengan penyelidikan.

Section image

Diharap maklumat daripada artikel ini dapat membantu para pelajar, dan ahli akademik untuk memudahkan aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang sedang diusahakan. Sekian.

Jangan lupa subscribe www.kasturihijau.com untuk mengetahui artikel-artikel yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih.