Return to site

Awas! Jenis Plastik Pembungkusan Makanan yang Boleh Membahayakan Kesihatan

INFORMASI

· INFORMASI
Awas! Plastik Pembungkusan Makanan yang Boleh Membahayakan Kesihatan

Tahukah anda jenis-jenis plastik pembungkusan makanan dan minuman yang bahaya untuk kesihatan? Plastik merupakan bahan yang paling banyak digunakan dalam kehidupan seharian, terutamanya untuk tujuan pembungkusan makanan dan minuman. Sama ada dalam bentuk botol minuman, bekas roti, beg plastik atau cawan pakai buang, hampir setiap hari kita bersentuhan dengan pelbagai jenis plastik. Namun, tidak semua plastik dicipta sama. Ada jenis plastik yang dikategorikan sebagai food grade, iaitu selamat digunakan untuk menyimpan makanan, manakala ada juga yang berisiko membebaskan bahan kimia berbahaya apabila terdedah kepada haba atau digunakan berulang kali.

Bahaya utama datang daripada bahan kimia seperti Bisphenol A (BPA), styrene, atau phthalates yang boleh larut ke dalam makanan dan minuman. Pendedahan jangka panjang kepada bahan ini dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti gangguan hormon, kerosakan saraf, malah risiko kanser. Oleh itu, sangat penting untuk kita mengenali kod dan simbol plastik yang terdapat pada bekas makanan supaya lebih bijak dalam membuat pilihan.

Section image

Jenis-Jenis Plastik Food Grade

1. PET (Polyethylene Terephthalate)

Contoh kegunaan: Botol minuman, bekas sayuran dan buah (clamshell), minyak masak, cuka.

2. HDPE (High-Density Polyethylene)

Contoh kegunaan: Botol susu, botol syampu, detergen.

3. PVC (Polyvinyl Chloride)

Contoh kegunaan: Bekas bahan kimia, pembungkusan, paip, pita elektrik.

4. LDPE (Low-Density Polyethylene)

Contoh kegunaan: Beg plastik, botol picit (squeeze bottles), beg roti, pelapik tong sampah.

5. PP (Polypropylene)

Contoh kegunaan: Penutup botol plastik, baldi, botol yogurt, straw, peket kerepek kentang.

6. PS (Polystyrene)

Contoh kegunaan: Cawan pakai buang, bekas makanan segera, pembungkus buih (foam packaging), bahan pelindung bungkusan (“packing peanuts”).

7. Lain-lain (Other)

Contoh kegunaan: Termasuk akrilik, polikarbonat, nilon, gentian kaca (fiberglass).

Jenis-Jenis Plastik Food Grade yang Umum Digunakan

1. PETE / PET (Polyethylene Terephthalate) – Kod 1

Plastik PET biasa digunakan untuk bungkusan makanan seperti botol kicap, sos, mahupun minuman ringan. PET termasuk food grade dan selamat untuk sekali pakai. Namun, penggunaan berulang dapat menyebabkan lapisan polimer terhakis dan melepaskan zat yang berisiko karsinogenik.

Penggunaan : Botol minuman ringan seperti air galian dan minuman berkarbonat, botol pencuci mulut, botol minyak masak.

Ia mudah terhakis, haus dan mengeluarkan sisa-sisa toksik. Ia hanya boleh digunakan SATU KALI sahaja.

2. HDPE (High-Density Polyethylene) – Kod 2

Dikenal kuat, keras, dan tahan panas, HDPE sering dipakai untuk botol jus, botol susu, serta bungkusan aiskrim. Plastik ini juga termasuk food grade, namun seperti PET, sebaiknya tetap hanya digunakan sekali pakai karena potensi penghasilan sebatian kimia antimon trioksida pada penggunaan berulang.

Penggunaan: Botol Detergen, Karung sampah, Botol minyak enjin

Hanya plastik jenis ini dikatakan mempunyai risiko yang rendah untuk digunakan berulang kali. Jangan pula ada yang gunakan bekas minyak enjin atau bekas detergen sebagai bekas menyimpan air minuman.
Bagaimanapun, ia tetap menghasilkan toksik pada kadar yang minima.

3. PVC (Polyvinyl Chloride) – Kod 3

PVC tidak ideal untuk food grade kerana mengandung bahan kimia berbahaya seperti DEHA. Oleh karena itu, penggunaannya tidak disarankan untuk pembungkusan makanan.

Penggunaan: Botol syampu, Botol minyak masak, Salutan wayar elektrik, peralatan perubatan, paip.

Ia sudah diketahui sangat merbahaya kerana boleh menghasilkan toksik pada kadar yang tinggi. Jauhkan plastik jenis ini dari menyentuh makanan semasa panas.

4. LDPE (Low-Density Polyethylene) – Kod 4

LDPE fleksibel, kalis air, serta tembus cahaya, umum digunakan untuk pembungkus roti, pembungkus makanan segar, dan pembalut makanan ringan. Plastik ini masuk kategori food grade dan relatifnya sesuai digunakan.

Contoh Penggunaan:
• Plastik bungkus roti
• Botol Madu
• Salutan pada kertas, fabric dan plastic lain ("Tetra-pak" digunakan bagi pembungkusan minuman kotak)
• Alas meja
• Mainan kanak-kanak
• Plastik sampah
• Kon Trafik
• Bekas makanan pakai buang
• Bubble Wrap

5. PP (Polypropylene) – Kod 5

Termasuk plastik food grade terbaik. PP ringan, lutsinar kuat, dan stabil pada suhu tinggi, sering dipakai untuk simpan makanan, botol minum bayi, dan peralatan dapur yang digunakan berulang kali.

Penggunaan: Botol sos, botol kicap, botol ubat-ubatan, straw, botol susu bayi, penutup botol.
Memerlukan suhu yang lebih tinggi untuk dicairkan. Ada yang menerimanya sebagai bekas makanan oleh sebab kadar tindakbalasnya yang perlahan terhadap haba. Ia mempunyai risiko yang rendah kepada pencemaran minuman atau makanan.

6. PS (Polystyrene) – Kod 6

Polystyrene (sering digunakan sebagai styrofoam) tidak tergolong food grade karena dapat melepaskan styrene, yang berbahaya bagi sistem saraf dan otak. Penggunaannya terhadap makanan perlu sangat hati-hati dan sebaiknya tidak dipakai berulang.

Penggunaan: Bekas polisterin, bekas telur.

Bekas polisterin yang biasa digunakan oleh masyarakat kita apabila membeli makanan yang dibawa balik atau 'tapau'. Bekas telur juga adalah dari jenis polisterin tetapi ia tidak memberi kesan sampingan jika setakat digunakan untuk menyimpan telur. Polisterin adalah plastik yang merbahaya digunakan sebagai bekas makanan tetapi di Malaysia, ia adalah pilihan yang popular bagi para peniaga.

7. Polycarbonate & Lainnya (Kategori “OTHER”)

Jenis plastik seperti ABS, SAN, dan terutama Polycarbonate (PC) termasuk dalam kategori ini. PC dapat melepaskan Bisphenol-A (BPA), zat yang mengganggu hormonal, sehingga tidak direkomendasikan sebagai food grade.

Penggunaan: Plastik sunglass, cakera DVD, papan tanda, “casing’ komputer. Semua jenis plastik selain 6 jenis di atas dikategorikan sebagai kod 7. Antara yang merbahaya adalah jenis polikarbonat (PC).

Section image

Penting!

Kod no 2, 4 dan 5 dikira selamat digunakan semula untuk menyimpan makanan.

Tips Memilih Plastik Food Grade yang Aman

  1. Periksa simbol segitiga dengan angka kod. Ini menunjukkan jenis plastik dan bantu memahami pengkelasan plastik
  2. Cari logo sendok dan garpu – Simbol ini menandakan bahawa plastik tersebut sesuai untuk digunakan dengan makanan atau minuman
  3. Perhatikan tanda tambahan – Simbol “food safe” pada plastik makanan.

Kesimpulan

Plastik yang selamat untuk membungkus makanan umumnya adalah PET (sekali pakai), HDPE (sekali pakai), LDPE, dan PP (ideal untuk penggunaan berulang). Sementara itu, plastik seperti PVC, PS, dan Polycarbonate (PC) sebaiknya dihindari kerana potensi bahaya kimia. Dengan pemilihan yang tepat dan pemeriksaan simbol plastik, kita mampu lebih bijak dalam memastikan keselamatan makanan dan minuman.