Return to site

Cara Buat Pizza Homemade Paling Mudah & Cepat

MENU VIRAL

· MENU VIRAL
Cara Buat Pizza Homemade Paling Mudah & Cepat

Pizza merupakan antara hidangan Barat yang paling digemari di seluruh dunia kerana rasanya yang lazat, pelbagai pilihan topping dan sesuai dinikmati oleh semua peringkat usia. Di Malaysia, pizza semakin popular sejak beberapa dekad lalu, seiring dengan kemunculan rangkaian restoran pizza antarabangsa dan tempatan. Namun, harga yang agak mahal serta keinginan untuk menyediakan makanan yang lebih sihat dan menjimatkan telah mendorong ramai masyarakat Malaysia untuk mencuba pizza homemade.

Pizza homemade bukan sahaja membolehkan kita mengawal kualiti bahan yang digunakan, malah memberi kebebasan untuk menyesuaikan topping mengikut cita rasa tempatan seperti ayam, daging, sosej, nanas malah sambal. Selain itu, proses penyediaannya kini semakin mudah dan cepat, sesuai untuk mereka yang sibuk bekerja atau ingin menyediakan menu istimewa untuk keluarga. Trend perkongsian resipi di media sosial juga menjadikan pizza homemade semakin diminati, sekali gus membuktikan bahawa hidangan Barat ini mampu diolah mengikut gaya dan selera rakyat Malaysia.

Resepi Pizza Homemade

Bahan-bahan buat Doh

  • 3 cawan tepung gandum (untuk 2 keping pizza saiz 10 inci)
  • 1 cawan air suam**
  • 2 sudu makan mauripan**
  • 2 sudu makan susu pekat**
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan marjerin

Bahan-bahan untuk Topping

  • Sos Thousand Island / sos pasta merah
  • Keju mozzarella / keju cheddar (lebih sedap guna mozzarella)
  • Pepperoni*
  • Sosej*
  • Isi daging / ayam (burger)*
  • Capsicum*
  • Kiub nanas*
  • Isi sardin*
  • Bawang*
  • Mayonis
  • Sos cili
  • Daun parsley (nak letak atau tidak, ikut suka)
  • (Bahan bertanda * boleh ditukar ikut citarasa. Nak tambah sambal bilis petai pun boleh.)

Cara-cara penyediaan pizza

  1. Campurkan air suam (jangan panas), susu pekat dan mauripan. Kacau hingga larut dan biarkan sehingga yis kembang.
  2. Sementara itu, satukan tepung dan marjerin. Gaul hingga berderai.
  3. Masukkan yis yang telah kembang ke dalam tepung. Uli hingga doh sekata dan tidak melekat di tangan. Rehatkan sehingga doh naik dua kali ganda.
    (Tip: Untuk doh lebih lembut, hempas doh beberapa kali sebelum direhatkan. Tak perlu bentuk bulat)
  4. Bahagikan doh kepada dua. Canai dan letakkan di atas dulang pembakar, pizza pan atau apa sahaja bekas yang sesuai untuk membakar. Sapu sedikit marjerin pada dulang supaya tidak melekat. Biarkan seketika.
  5. Sapukan sos, susun topping pilihan, kemudian taburkan keju dan daun parsley.
  6. Bakar pada suhu 180°C selama kira-kira 20 minit (ikut oven masing-masing sehingga tahap keperangan yang diingini).
  7. Sebelum dipotong, boleh picitkan mayonis atau sos cili di atas pizza jika suka.

Kredit: Norida Alias

Section image
Section image
Section image
Section image

Selamat Mencuba!