
Sekarang ni, satu snek dari Indonesia sedang viral dan jadi kegilaan ramai iaitu Chikuro Ayam Cheese. Ramai sanggup beratur panjang semata-mata nak rasa kombinasi ayam rangup dengan inti cheese yang meleleh di dalam. Tapi berita baiknya, anda tak perlu travel jauh! Dengan resepi ini, anda boleh buat sendiri versi homemade yang sama sedap, malah boleh ubah ikut selera sendiri. Dalam artikel ini, kami kongsikan resepi chikuro ayam cheese sebagai bacaan anda.
Resepi Chikuro Ayam Cheese
Bahan-Bahan Chikuro Ayam Cheese
Bahan A (Isi Ayam)
- 500g paha ayam tanpa tulang
- 2 sudu makan tepung ubi
- 6 ulas bawang putih (digoreng)
- ½ sudu teh lada hitam kisar
- ½ sudu teh garam
- ¾ sudu teh serbuk perasa ayam
- 1 biji telur
Bahan B (Salutan)
- Tepung gandum secukupnya
- 1 biji telur (dipukul)
- Serbuk roti secukupnya
Bahan Sos Creamy Cheese
- Cream cheese secukupnya
- 1 sudu makan susu pekat manis
- Serbuk bawang putih secukupnya
- 50–75 ml susu UHT
Cara Membuat Chikuro Ayam Cheese
- Kisar atau cincang halus ayam bersama bawang putih goreng hingga sebati.
- Masukkan tepung ubi, lada hitam, garam, serbuk perasa dan telur. Gaul hingga jadi adunan pekat.
- Ambil sedikit adunan dan bentukkan memanjang. Balut dengan plastik pembalut.
- Gunakan chopstick atau straw besi untuk buat ruang di tengah (untuk isi cheese nanti). Pastikan hujung ditutup rapat.
- Simpan dalam freezer selama 2 jam hingga mengeras.
- Keluarkan dan salut dengan tepung gandum, celup telur, kemudian golek dalam serbuk roti.
- Goreng dalam minyak panas dengan api sederhana hingga keemasan.
- Untuk sos, kisar semua bahan hingga creamy dan halus.
- Keluarkan chopstick dari ayam, kemudian masukkan sos cheese ke dalam ruang tengah.
- Siap! Hidangkan panas-panas untuk rasa terbaik.
Tip Chikuro Lagi Sedap & Crispy
- Nak lebih rangup? Buat double coating serbuk roti
- Goreng api sederhana supaya masak sekata
- Tambah cheese untuk efek cheese lava lebih padu
- Gunakan ayam bahagian paha untuk tekstur juicy


Kenapa Chikuro Ayam Cheese Viral?
Chikuro Ayam Cheese jadi viral sebab gabungan tekstur dan rasa yang unik, luar rangup, dalam lembut, dan ditambah dengan cheese cair yang meleleh. Setiap gigitan ada “wow moment” yang buat ramai jatuh cinta.
Selain itu, resepi ini juga fleksibel. Anda boleh ubah jenis cheese, tahap kepekatan sos, atau tambah bahan seperti chili flakes untuk versi pedas. Tak hairanlah ramai pilih buat sendiri di rumah!
Kalau anda peminat makanan viral atau suka cuba resepi baru, Chikuro Ayam Cheese homemade ni memang wajib cuba. Confirm sekali makan, nak lagi!
Sumber:
https://www.finnafood.com/blog/resep-chikuro-pedas-rawit-tabur/