Return to site

Koleksi Resepi Roti Tawar Serba Mudah dan Ringkas untuk Minum Petang

MENU VIRAL

· MENU VIRAL
Koleksi Resepi Roti Tawar Serba Mudah dan Ringkas untuk Minum Petang

Roti tawar adalah makanan yang biasanya ada di setiap rumah. Namun jika roti tidak digunakan sebelum tarikh luput, ia akan rosak. Selain dimakan begitu sahaja, roti ini sesuai dijadikan dalam bentuk menu yang lebih sedap. Waktu minum petang adalah waktu yang paling dinantikan untuk berehat seketika selepas seharian sibuk. Jadi, di sinilah saat terbaik untuk menikmati hidangan yang ringkas seperti roti keping atau roti tawar tadi. Ia menjadi pilihan ramai kerana ia mudah didapati, cepat disediakan dan boleh dipelbagaikan dengan pelbagai inti dan topping yang sedap.

Dalam artikel ini, kami kongsikan koleksi resepi roti tawar yang mudah dan ringkas untuk dijadikan hidangan minum petang bersama keluarga. Tak perlu bahan mahal atau langkah yang rumit hanya guna bahan asas yang ada di dapur, anda sudah boleh hasilkan menu yang sedap dan menyelerakan. Resepi ini sesuai untuk semua, sama ada suri rumah, pelajar, atau mereka yang baru belajar memasak.

Roti John

Bahan-bahan:

  • 3 keping roti tawar
  • 2 biji telur (kocok + sedikit garam & lada)
  • 2 bawang merah / ½ bawang besar (cincang)
  • 1½ sudu besar pes kari
  • 1 paket kornet sapi (boleh ganti ayam/daging cincang/sosej/bebola)
  • 1 batang daun bawang (hiris)
  • Keju parut
  • Mayonis pedas
  • Oregano
  • Marjerin

Cara mudah buat:

  1. Panaskan marjerin dalam kuali. Tumis bawang sampai wangi.
  2. Masuk pes kari, kacau. Masuk kornet/ayam/daging, masak sampai masak.
  3. Tuang telur, tabur daun bawang & keju.
  4. Letak roti di atas telur.
  5. Sapu marjerin atas roti, tabur oregano, kemudian terbalikkan.
  6. Bakar sampai garing. Terbalikkan semula (bahagian telur di atas).
  7. Sapu mayonis, lipat roti. Angkat & hidang panas-panas.

Section image

Bread Risoles Choho Cheese

Bahan-bahan:

  • 10 keping roti tawar tanpa tepi
  • Coklat (Dark Cooking Chocolate) dicincang secukupnya
  • Keju leleh/parut secukupnya

Bahan pembalut:

  • Tepung panko
  • 1 biji telur, dipukul

Cara buat:

  1. Tipiskan roti, letak coklat DCC & keju di tengah.
  2. Lipat roti seperti risoles memanjang (bukan segitiga).
  3. Celup roti ke telur, kemudian gulingkan ke tepung panko.
  4. Goreng dengan minyak sedikit dan api kecil hingga keemasan.
  5. Angkat, tos minyak, siap untuk dimakan.

Section image

Pizza Roti

Bahan-bahan:

  • 4 keping roti tawar
  • 4 batang sosej (ayam/daging), hiris
  • 1 biji bawang besar, hiris panjang
  • Keju cheddar secukupnya
  • Sos BBQ & sos tomato

Cara buat:

  1. Sapu roti dengan sos BBQ dan sos tomato.
  2. Tumis bawang hingga layu, letak atas roti.
  3. Tambah sosej dan tabur keju.
  4. Panggang sekejap sampai keju cair.
  5. Hidang dengan sos cili supaya lagi sedap.

Section image

Roti Goreng Smoked Beef

Bahan-bahan:

  • 5 keping roti tawar gandum
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar tepung panir
  • 5 keping smoked beef
  • Keju (quick melt / mozzarella)

Cara buat:

  1. Leperkan roti.
  2. Letak smoked beef dan keju di atas roti.
  3. Gulung kemas.
  4. Celup dalam telur, kemudian salut dengan tepung panir.
  5. Goreng hingga keemasan.
  6. Angkat dan hidang panas-panas.

Siap!

Section image

Skippy Banana Caramel French Toast

Bahan-bahan:

  • 4 keping roti tawar
  • Peanut butter Skippy
  • 2 biji pisang
  • 1 biji telur
  • 5 sudu besar susu cair
  • ½ sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar mentega

Untuk pemanis:

  • Gula halus
  • 30g gula pasir (untuk karamel)

Cara buat ringkas:

  1. Tekan roti di tengah, sapu peanut butter. Susun pisang dan tutup dengan sekeping roti.
  2. Campur telur, susu dan vanila.
  3. Celup roti dalam bancuhan telur (dua-dua belah).
  4. Panaskan kuali, cairkan mentega dan panggang roti sampai keemasan.
  5. Tabur gula halus di atas roti.
  6. Cairkan gula dalam kuali sampai jadi karamel, tuang atas roti.
  7. Hidang semasa panas.

Section image

Sandwich Roti Tawar Mayonis

Bahan-bahan:

  • Roti tawar (buang tepi)
  • Telur (dadar / separuh masak)
  • Keju cheddar keping
  • Bawang besar (cincang halus)
  • Tomato (hiris nipis)
  • Daun salad
  • Mayonis

Cara mudah buat:

  1. Panggang roti atas kuali tanpa mentega sampai keperangan.
  2. Sapu mayonis atas roti.
  3. Gaul telur, bawang dan sedikit mayonis.
  4. Susun atas roti: salad → keju → campuran telur.
  5. Letak tomato, salad dan tambah sedikit mayonis.
  6. Tutup dengan sekeping roti lagi.

Section image

Bagelan Roti Tawar

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus roti tawar
  • 100g butter
  • 100g marjerin
  • 5 sudu besar susu pekat manis
  • 1 batang keju, parut

Cara mudah buat:

  1. Gaul butter, marjerin dan susu pekat manis hingga sebati.
  2. Sapu campuran ini pada roti dan tabur keju di atasnya.
  3. Susun roti dalam loyang yang disapu marjerin, bakar 10–15 minit hingga kering dan rangup.
  4. Hidang bersama teh panas.

Section image

Selamat mencuba kesemua resepi tadi!