
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Takwim Akademik Sesi Persekolahan 2026 sebagai panduan rasmi kepada ibu bapa, pelajar dan warga pendidik untuk merancang jadual pembelajaran serta cuti persekolahan sepanjang tahun. Dalam artikel ini, kami kongsikan takwim persekolahan untuk tahun 2026.
Takwim Persekolahan Tahun 2026
Takwim ini dibahagikan kepada dua kumpulan sekolah, iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B, mengikut negeri masing-masing. Sesi persekolahan tahun 2026 bagi sekolah-sekolah Kumpulan A akan bermula pada 11 Januari 2026 bagi negeri Kedah, Kelantan, dan Terengganu manakala Kumpulan B akan bermula pada 12 Januari 2026. Tarikh ini menandakan permulaan Penggal 1 bagi sekolah di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Takwim akademik ini menjadi rujukan utama untuk perancangan pembelajaran, cuti penggal dan cuti akhir persekolahan sepanjang tahun 2026.
Pembahagian Kumpulan Sekolah
Kumpulan A
Melibatkan sekolah-sekolah di negeri:
- Kedah
- Kelantan
- Terengganu
Kumpulan B
Melibatkan sekolah-sekolah di negeri:
- Melaka
- Johor
- Negeri Sembilan
- Pahang
- Perak
- Perlis
- Pulau Pinang
- Sabah
- Sarawak
- Selangor
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Wilayah Persekutuan Labuan
- Wilayah Persekutuan Putrajaya


Senarai Cuti Sekolah & Cuti Perayaan 2026
Bagi tahun 2026, KPM turut menetapkan cuti tambahan sempena perayaan utama bagi memastikan kesejahteraan murid dan guru terpelihara. Antara cuti perayaan yang diperuntukkan ialah:
Cuti Tahun Baru Cina
Cuti Umum:
- 17 Februari 2026 (Selasa)
- 18 Februari 2026 (Rabu)
Cuti Tambahan KPM:
- Kumpulan A:
- 15 Februari 2026 (Ahad)
- 16 Februari 2026 (Isnin)
- 19 Februari 2026 (Khamis)
- Kumpulan B:
- 16 Februari 2026 (Isnin)
- 19 Februari 2026 (Khamis)
- 20 Februari 2026 (Jumaat)
Jumlah: 3 hari cuti tambahan KPM untuk Kumpulan A & B
Cuti Hari Raya Aidilfitri
Cuti Umum:
- 21 Mac 2026 (Sabtu)
- 22 Mac 2026 (Ahad) (Dalam Cuti Penggal 1, 2026)
Cuti Tambahan KPM:
Kumpulan A:
- 19 Mac 2026 (Khamis) — 1 hari
Kumpulan B:
- 19 Mac 2026 (Khamis)
- 20 Mac 2026 (Jumaat) — 2 hari
Hari Deepavali (Kecuali Negeri Sarawak)
Cuti Umum:
- 8 November 2026 (Ahad)
Cuti Tambahan KPM:
Kumpulan A:
- 9 November 2026 (Isnin)
Kumpulan B:
- 10 November 2026 (Selasa) — semua negeri Kumpulan B kecuali Sarawak
- 9 November 2026 (Isnin) — Sarawak sahaja
- 1 hari cuti tambahan KPM
Pesta Kaamatan (Sabah & W.P. Labuan sahaja)
- 30 Mei 2026 (Sabtu)
- 31 Mei 2026 (Ahad)
(Dalam Cuti Pertengahan Tahun 2026)
Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja)
- 1 Jun 2026 (Isnin)
- 2 Jun 2026 (Selasa)
(Dalam Cuti Pertengahan Tahun 2026)
Hari Krismas
- 25 Disember 2026 (Jumaat)
(Dalam Cuti Akhir Persekolahan 2026)

Dengan adanya Takwim Akademik KPM 2026 ini, semua pihak dapat membuat perancangan lebih awal sama ada untuk pembelajaran, percutian keluarga atau urusan penting lain. Ibu bapa dan pelajar disarankan sentiasa merujuk takwim rasmi KPM bagi mengelakkan kekeliruan berkaitan tarikh persekolahan dan cuti sekolah.
BACA LAGI:
