
Hari Raya Aidilfitri adalah saat istimewa untuk saling bermaafan dan mengeratkan silaturahim. Setiap tahun, ramai yang mencari ucapan Hari Raya 2026 yang sesuai untuk dihantar kepada keluarga, sahabat, rakan sekerja atau dikongsi di media sosial.
Ucapan yang ringkas tetapi penuh makna mampu menyentuh hati penerima. Sama ada ucapan raya pendek, ucapan yang puitis, atau pantun Hari Raya, semuanya boleh menjadi cara untuk menyampaikan doa dan kegembiraan sempena Aidilfitri.
Dalam artikel ini, kami kongsikan 30 ucapan Hari Raya Aidilfitri yang menyentuh hati yang sesuai dihantar melalui WhatsApp, Facebook, Instagram atau kad ucapan digital.
Ucapan Hari Raya 2026 Yang Menyentuh Hati
- Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026. Semoga segala dosa diampunkan dan hidup kita dipenuhi keberkatan. Maaf zahir dan batin.
- Di pagi Syawal yang mulia ini, saya memohon maaf atas segala kesilapan. Semoga silaturahim kita terus berkekalan.
- Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga kebahagiaan dan ketenangan sentiasa mengiringi hidup kita semua.
- Andai kata tersilap bicara, tersalah laku sepanjang masa, di hari mulia ini ku pohon kemaafan. Selamat Hari Raya.
- Syawal menjelma membawa sinar kegembiraan. Semoga hati kita sentiasa dipenuhi rasa syukur dan kasih sayang.
- Semoga Aidilfitri tahun ini membawa lebih banyak kebahagiaan, rezeki dan keberkatan kepada kita semua.
- Di hari yang penuh barakah ini, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala khilaf.
- Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga hubungan kita sentiasa erat walau di mana jua berada.
- Walau berjauhan, ingatan tetap dekat. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
- Syawal tiba membawa harapan baru. Semoga kehidupan kita dipenuhi rahmat dan kasih sayang.
- Selamat Hari Raya Aidilfitri! Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, keberkatan, dan kasih sayang yang lebih erat dalam keluarga kita. Mohon maaf atas segala salah dan silap.
- Di hari yang mulia ini, saya mohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan. Semoga keluarga kita sentiasa dalam rahmat Allah. Selamat Hari Raya Aidilfitri!
- Moga Syawal ini membawa kebahagiaan yang berkekalan untuk kita sekeluarga. Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin!
- Hari yang dinanti telah tiba, mari kita eratkan silaturahim dan lupakan sengketa lama. Selamat Hari Raya Aidilfitri!
- Aidilfitri membawa seribu makna, semoga keluarga kita terus dilimpahi kasih sayang dan kebahagiaan. Selamat Hari Raya!

Ucapan Hari Raya 2026 untuk Sahabat
- Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf atas segala salah laku dan tutur kata. Semoga kita terus menjadi sahabat sejati sampai bila-bila.
- Di hari yang penuh keberkatan ini, semoga persahabatan kita terus utuh dan diberkati. Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin!
- Moga Syawal ini membawa kegembiraan dan ketenangan dalam hidupmu. Jangan lupa duit raya aku! Selamat Hari Raya Aidilfitri!
- Salam Aidilfitri buat sahabat tersayang. Semoga Aidilfitri ini menjadi kenangan terindah buat kita semua.
- Kita berpuasa bersama, kini kita beraya bersama. Semoga ukhwah ini kekal selamanya. Selamat Hari Raya, sahabat!”Selamat Hari Raya Aidilfitri! Semoga kita terus sukses dalam kerjaya dan dikurniakan kesihatan serta rezeki yang melimpah.
- Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan sekerja. Maaf atas sebarang kesilapan, dan semoga kita bertemu lagi selepas cuti dengan semangat baru!
- Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan buat anda sekeluarga. Selamat Hari Raya dan selamat bercuti!
- Moga Aidilfitri ini memberi kita motivasi baru dalam kerja dan kehidupan. Selamat Hari Raya dan maaf atas segala salah silap!
- Hari yang indah ini mari kita lupakan segala tekanan kerja. Semoga Hari Raya ini membawa kebahagiaan buat kita semua!

Ucapan Hari Raya 2026 untuk Pasangan
- Sayang, Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf atas segala salah dan silap. Semoga kasih sayang kita terus mekar di bulan Syawal ini.
- Di hari kemenangan ini, saya bersyukur kerana dapat meraikannya bersamamu. Selamat Hari Raya sayang!
- Setiap Ramadan dan Syawal bersamamu adalah satu anugerah terindah. Selamat Hari Raya Aidilfitri, cinta hatiku.
- Semoga Syawal ini menjadi titik permulaan kebahagiaan yang lebih bermakna buat kita berdua. Selamat Hari Raya!
- Di hari yang mulia ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat insan yang paling istimewa dalam hidupku. Mohon maaf atas segalanya!
Ucapan Raya Pendek Untuk WhatsApp
Kadang-kadang ucapan yang ringkas lebih mudah dihantar melalui WhatsApp atau media sosial. Berikut beberapa ucapan raya pendek yang tetap bermakna.
- Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
- Salam Aidilfitri 2026. Semoga hidup sentiasa diberkati.
- Selamat Hari Raya. Mohon maaf atas segala khilaf.
- Syawal tiba, hati gembira. Selamat Hari Raya semua.
- Salam Aidilfitri. Semoga silaturahim kita berkekalan.
- Selamat Hari Raya 2026. Maaf zahir dan batin.
- Indahnya Syawal bersama insan tersayang.
- Selamat Hari Raya. Semoga hidup dipenuhi keberkatan.
- Salam Aidilfitri. Semoga bahagia selalu.
- Selamat Hari Raya buat semua yang mengenali diri ini.

Pantun Hari Raya Aidilfitri
Selain ucapan biasa, ramai juga suka menghantar pantun Hari Raya kerana bunyinya lebih puitis dan tradisional.
Bila baring terus terlelap,
Jangan sampai tidak bangun pagi,
Jika ada salah dan silap,
Jangan simpan di dalam hati
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Makan sudah bersalam pun sudah,
Duit raya takkan dah lupa.
Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi.
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Hari Raya sudah bersinar,
Salah dan silap mohon dimaafkan.
Ramadhan sudah melabuhkan tirai,
Syawal menjelang tiba kembali,
Mohon maaf seikhlas hati,
Semoga bahagia di Aidilfitri.
Bunga melati di tepi taman,
Harumnya semerbak menawan hati,
Salam Aidilfitri kami titipkan,
Maaf zahir batin sepenuh hati.
Langit cerah penuh bercahaya,
Bulan Syawal sudah pun tiba,
Maaf zahir dan batin sentiasa,
Semoga kita terus bahagia.
Cahaya ramadhan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Andai langkah membekas lara,
Ada kata menusuk sukma,
Ada tingkah menoreh luka,
Maka maafkanlah kesilapan saya.
Aidilfitri adalah masa terbaik untuk memperbaiki hubungan dan saling memaafkan. Sama ada melalui ucapan raya pendek, mesej panjang atau pantun Hari Raya, setiap kata yang dihantar membawa makna yang mendalam.
Semoga senarai 30 ucapan Hari Raya Aidilfitri 2026 yang menyentuh hati ini dapat membantu anda mencari ucapan yang sesuai untuk dikongsi dengan insan tersayang.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026, maaf zahir dan batin. Semoga Syawal kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan ketenangan kepada kita semua.