
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan kerajaan berbentuk bukan tunai (cashless) yang disalurkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak. Bantuan ini membolehkan rakyat membeli barangan keperluan asas di lebih 7,300 kedai dan pasar raya berdaftar di seluruh Malaysia.
Bagi tahun 2026, SARA diteruskan sebagai sebahagian daripada inisiatif Payung Rahmah di bawah Kementerian Kewangan Malaysia, bertujuan meringankan beban kos sara hidup terutamanya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.

Apakah itu SARA?
Program SARA diperkenalkan bagi membantu rakyat, khususnya golongan B40 dan miskin tegar, mendapatkan barangan asas tanpa perlu menggunakan wang tunai. Bantuan ini dikreditkan terus ke MyKad dan hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan terpilih di premis yang berdaftar dengan MyKasih.
Program ini dilaksanakan secara automatik, berdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan senarai miskin tegar dalam pangkalan data eKasih, tanpa memerlukan sebarang permohonan manual.

Kadar Bantuan & Bayaran SARA 2026
Bantuan SARA 2026 dijangka memberi manfaat kepada jutaan rakyat Malaysia dengan kadar berikut:
- RM100 sebulan kepada hampir 9 juta penerima STR
- Tambahan sehingga RM200 sebulan kepada golongan miskin tegar yang tersenarai dalam eKasih
- Individu bujang juga layak menerima SARA, termasuk yang tidak menerima STR
- Bantuan ini diberikan secara automatik bagi membantu meringankan kos perbelanjaan barangan keperluan harian.
- SARA RM100 One-Off untuk Semua Rakyat Malaysia (2026)
Maklumat Penting
Dalam pembentangan Belanjawan 2026, Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian RM100 secara one-off melalui SARA kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Jumlah bayaran: RM100 (sekali bayar)
- Tarikh bayaran: Pertengahan Februari 2026
- Kelayakan: Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
- Kaedah: Dikreditkan terus ke MyKad (bukan akaun bank)
Ini bermakna bukan hanya penerima STR, malah semua rakyat dewasa turut layak menerima bantuan ini.

Cara Semakan Status SARA 2026
Semakan kelayakan dan status bayaran SARA 2026 boleh dibuat melalui portal rasmi berikut:
- Portal MyKasih: https://mykasih.com.my/mykasih-app/
- Portal Rasmi SARA: https://www.sara.gov.my/
Orang ramai digalakkan membuat semakan secara berkala bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan tarikh bayaran, barangan terpilih dan senarai kedai berdaftar.