Return to site

Doa dan Amalan Zikir di Bulan Rejab

AGAMA

· AGAMA
Doa dan Amalan Zikir di Bulan Rejab

Umat Islam dianjurkan untuk memperbanyakkan ibadah sepanjang bulan Rejab sebagai persediaan rohani sebelum memasuki bulan Ramadan. Rejab merupakan salah satu bulan yang mulia, di mana Allah SWT melimpahkan rahmat dan keampunan-Nya kepada hamba-hamba yang kembali kepada-Nya dengan penuh keinsafan.

Sebagai permulaan kepada fasa peningkatan amal, bulan Rejab menjadi medan terbaik untuk memperkukuh ketaqwaan dengan melipatgandakan amalan soleh seperti istighfar, zikir dan puasa sunat.

Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah kepada Tuhan kamu dengan memohon keampunan daripada dosa-dosa kamu dan jauhilah perbuatan maksiat dalam bulan yang mulia, iaitu Rejab.”

Rejab juga dikenali sebagai bulan penebusan dosa dan penambahan ganjaran pahala. Terdapat pelbagai amalan yang digalakkan bagi meraih keberkatan dan kelebihan bulan ini, antaranya bertaubat dengan penuh keikhlasan serta memohon keampunan daripada Allah SWT. Umat Islam turut diseru memperbanyakkan bacaan al-Quran bagi meneguhkan iman dan membersihkan hati yang lalai melalui amalan istighfar dan zikir.

Doa Memasuki Bulan Rejab

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatkanlah kami (limpahkan kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban; dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan.”

Section image

Amalan-Amalan Yang Digalakkan Pada Bulan Rejab

Antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Rejab ini adalah dan amalan-amalan ini bersifat umum adalah:

  • Berpuasa
  • Memperbanyakkan bersedekah
  • Memperbanyakkan membaca al-Qur’an
  • Memperbanyakkan berzikir
  • Memperbanyakkan solat-solat sunat
Section image

Dari Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “ Sesiapa membaca kalimah berikut, pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan di antara waktu Zuhur dengan Asar; nescaya disuruh dua malaikat untuk menghapuskan surat kejahatan.” .

اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمُ الَّدِىْ لآ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ تَوْبَةَ عَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلاَ نَفْعًا وَلاَ مَوْتًا وَلاَ حَيَاةً وَلاَ نُشُوْرًا.

Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.

Zikir di Bulan Rejab


Sayyidi Habib Umar bin Hafidz ijazahkan untuk membaca zikir dan Doa ini sebanyak 3000 kali selama Bulan Rejab.

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

Section image

Amalan-amalan Sunat di Bulan Rejab

1. Doa dibaca pagi dan petang bulan Rejab (70x):


رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَتُبْ عَلَيَّ

2. Doa dibaca antara Zohor dan Asar bulan Rejab (70x):


أَسْتَغْفِرُ اللّٰهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ تَوْبَةَ عَبْدٍ ظَالِمٍ لَا يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا وَلَا مَوْتًا وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُورًا

3a. Dibaca 10 hari yang pertama bulan Rejab (100x):


سُبْحَانَ اللّٰهِ الْحَيِّ الْقَيُّومِ

3b. Dibaca 10 hari yang kedua bulan Rejab (100x):


سُبْحَانَ اللّٰهِ الْأَحَدِ الصَّمَدِ

3c. Dibaca 10 hari yang ketiga bulan Rejab (100x):


سُبْحَانَ اللّٰهِ الرَّؤُوفِ

4. Membaca “Sayyidul Istighfar” (3x pagi dan petang):


اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَىٰ عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Section image

Sebagai penutup, marilah kita memanfaatkan baki bulan Rejab dengan memperbanyakkan taubat dan amal kebajikan agar hati lebih bersedia menyambut bulan-bulan mulia seterusnya.

Rujukan:

  1. https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/06/05/amalan-sepanjang-bulan-rejab/
  2. https://keranakasihnabi.blogspot.com/2016/04/amalan-zikir-bulan-rejab.html