
Bank Pembangunan Malaysia Berhad menawarkan Biasiswa BAGUS 2025, satu inisiatif untuk melahirkan bakat tempatan yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Biasiswa ini terbuka kepada pelajar cemerlang yang ingin melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan perbankan di universiti terkemuka dalam dan luar negara.
Kelayakan Permohonan
Pemohon mestilah:
- Warganegara Malaysia berumur antara 17 hingga 23 tahun
- Telah tamat Pra-Universiti, Asasi atau Diploma dengan keputusan cemerlang
- STPM atau A-Level: sekurang-kurangnya 3A
- Diploma atau Matrikulasi: CGPA sekurang-kurangnya 3.50
- Matrikulasi Australia: ATAR sekurang-kurangnya 80 peratus
- Asasi Amerika: markah SAT sekurang-kurangnya 1200
- SPM: sekurang-kurangnya 7A
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan kepimpinan yang baik
- Aktif dalam aktiviti kokurikulum
- Tidak menerima biasiswa lain
- Pelajar tahun pertama ijazah juga boleh memohon

Bidang Pengajian Yang Disokong
- Perniagaan dan Kewangan: Perakaunan, Ekonomi, Pengurusan, Pentadbiran Perniagaan
- Kejuruteraan dan Teknologi: Teknologi Maklumat, Sains Komputer, Sistem Maklumat, Analisis Data
- Lain-lain bidang berkaitan: Undang-undang, Sains Aktuari, Statistik, Shariah, Falsafah, Psikologi, Sains Politik
Faedah Biasiswa
Biasiswa meliputi yuran pengajian, elaun sara hidup dan elaun berkaitan. Penerima akan berpeluang bekerja di Bank Pembangunan selepas tamat pengajian, dengan komitmen perkhidmatan selama enam tahun. Program ini turut menyediakan laluan khas untuk pelajar Asnaf melalui peruntukan zakat, yang dikendalikan oleh Pasukan Pengurusan Syariah Kumpulan dan disalurkan terus ke universiti tempatan terpilih.
Senarai Universiti Pilihan
Luar Negara
United Kingdom: University of Oxford, University of Cambridge, Imperial College London, UCL, LSE, dan lain-lain
Amerika Syarikat: Harvard, MIT, Stanford, Yale, Princeton, dan lain-lain
Australia: University of Melbourne, ANU, Monash University, UNSW Sydney, dan lain-lain
Dalam Negara
Universiti Malaya
Universiti Putra Malaysia
Universiti Sains Malaysia
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Cara Memohon
Permohonan boleh dihantar melalui emel ke BAGUS@bpmb.com.my atau pos ke alamat berikut:
BAGUS Scholarship
Aras 20, Menara Bank Pembangunan
1016, Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2611 3888
Faks: 03-2698 4395
Tarikh tutup permohonan ialah 15 Julai 2025. Calon digalakkan menghantar permohonan lebih awal bagi mengelakkan kelewatan.
Klik: Pautan Iklan Rasmi