Return to site

Bantuan Kewangan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk Pelajar B40 dan M40 Tahun 2025

BIASISWA

· BIASISWA
Bantuan Kewangan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk Pelajar B40 dan M40 Tahun 2025

Kos pendidikan yang semakin meningkat sering menjadi cabaran besar buat pelajar, khususnya mereka daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana. Menyedari hal ini, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyediakan beberapa skim bantuan kewangan khas bagi golongan B40, M40 dan juga pelajar Orang Kurang Upaya (OKU). Tujuan utama bantuan ini adalah untuk memastikan akses pendidikan tinggi lebih inklusif, seterusnya memberi peluang kepada semua pelajar untuk mencapai potensi terbaik mereka tanpa terbeban oleh masalah kewangan. Dalam artikel ini, kami kongsikan jenis-jenis bantuan kewangan KPT untuk pelajar B40 dan M40.

Jenis-jenis Bantuan Kewangan Pelajar B40 & M40

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyediakan pelbagai bantuan kewangan untuk membantu pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40). Berikut ialah jenis bantuan yang ditawarkan:

1. Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)

Bantuan ini khas untuk pelajar sepenuh masa di Kolej Komuniti (peringkat sijil atau diploma jangka panjang).

  • Matlamat: Membantu pelajar keluarga berpendapatan rendah melanjutkan pengajian di peringkat separa profesional dan meningkatkan peluang kerjaya.
  • Kadar Bantuan: RM300 sebulan (RM1,800 setiap semester).

Syarat Kelayakan:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pendapatan isi rumah ≤ RM3,000 sebulan.
  3. Sepenuh masa (Sijil: 16–24 bulan, Diploma: maksimum 3 semester).
  4. Hanya untuk pelajar semester 1 & 2.
  5. Tidak menerima tajaan lain.
  6. Perlu menandatangani perjanjian & isi borang pendapatan keluarga.
Section image

2. Bantuan Kewangan Asasi IPTA (BKA)

Ditawarkan kepada pelajar B40 & M40 yang mengikuti program asasi di Universiti Awam (UA) dengan pendapatan keluarga kurang RM10,000 sebulan.

  • Matlamat:
    Membantu pelajar berpendapatan rendah dan sederhana menyambung pengajian hingga ke peringkat lebih tinggi.

Kadar Bantuan:

  • Elaun wang saku RM2,500 setahun.
  • Yuran pengajian & penginapan RM1,420 setahun.
  • Tiket penerbangan pergi balik (Sabah, Sarawak & Labuan).
  • Universiti Terlibat (antara lain): UM, UKM, UPM, UiTM, UUM, USIM, UMS, UNIMAS, UniSZA, UIAM, UPNM, UMT.

Syarat Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pelajar asasi di UA.
  • Pendapatan keluarga < RM10,000.
  • Perlu tandatangan perjanjian dengan kerajaan.

3. Bantuan Kewangan OKU (BKOKU)

Bantuan khas untuk pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan JKM. Tidak kira taraf pendapatan keluarga.

Matlamat:

  • Memberi peluang OKU melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.
  • Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.

Kadar Bantuan:

  • Sepenuh Masa: Wang saku RM300/bulan + yuran (maks RM5,000 setahun / RM20,000 sepanjang pengajian).
  • Separuh Masa: Yuran pengajian sahaja (maks RM5,000 setahun / RM20,000 sepanjang pengajian).

Syarat Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia & pemegang Kad OKU JKM.
  • Kursus diiktiraf MQA/JPA.
  • Boleh mohon walaupun terima pinjaman lain (wang saku sahaja).
  • Tidak layak jika cuti belajar bergaji.
Section image

4. Program Pendidikan Khas (PPK)

Bantuan khas untuk pelajar OKU masalah pendengaran yang mengikuti pengajian sepenuh masa di Kolej Komuniti atau Politeknik.

Matlamat:
Membantu pelajar OKU meningkatkan kemahiran hidup dan peluang pekerjaan.

Kadar Bantuan:

  • Semester 1: RM3,660.
  • Semester 2–4: RM3,360.

Syarat Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia & pemegang Kad OKU JKM.
  • Kursus diiktiraf MQA/JPA.
  • Sepenuh masa (tidak boleh separuh masa/jarak jauh)
  • Tidak menerima penajaan lain.

Maklumat Lanjut & Permohonan

Tarikh tutup permohonan: Dibuka sepanjang tahun

Hubungi alamat dibawah untuk maklumat lanjut:
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya, Selangor.
Tel: 03-8321 7080 / 03-8321 7085