·

Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) melalui Dana Pendidikan MBAM akan membuka permohonan bagi Anugerah Biasiswa Pendidikan MBAM 2025 kepada pelajar yang layak mulai 1 Mei 2025. Sejak diperkenalkan, biasiswa ini telah membantu ramai pelajar cemerlang Malaysia mencapai impian dan aspirasi mereka. Kejayaan mereka bukan sahaja mengubah kehidupan sendiri, malah memberi kesan positif kepada keluarga dan masyarakat sekeliling. Dalam artikel ini, kami kongsikan garis panduan permohonan dana pendidikan MBAM.
Garis Panduan Biasiswa
1. UNIVERSITI
- Universiti tempatan yang diiktiraf (Awam & Swasta)
- Pengajian Sepenuh Masa di Universiti Tempatan (Awam & Swasta) yang diiktiraf dalam kursus berkaitan pembinaan seperti berikut:
- Kejuruteraan Awam
- Kejuruteraan Mekanikal & Elektrikal
- Ukur Bahan
- Pengurusan Pembinaan
- Teknologi Maklumat
- Sains Komputer
2. KURSUS
Pemohon mestilah sedang mengikuti kursus peringkat ijazah sarjana muda yang berkaitan dengan industri pembinaan. Pemohon yang telah menerima tawaran masuk ke universiti juga boleh memohon. Surat tawaran dari universiti mesti disertakan.
3. TAWARAN
Biasiswa ini bernilai sehingga RM10,000.00 setahun dan tidak terikat kontrak. Latihan industri bersama ahli MBAM adalah syarat wajib.
4. KRITERIA
✔ Warganegara Malaysia berumur di bawah 35 tahun pada 1 Januari bagi tahun kemasukan peringkat pertama pengajian tinggi.
✔ Mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang serta aktif dalam sukan dan aktiviti kokurikulum.
✔ Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
✔ Mesti menunjukkan bukti keperluan kewangan.
✔ Latihan industri sepanjang tempoh pengajian adalah satu keperluan.

Cara Memohon
- Layari laman web MBAM di www.mbam.org.my/scholarship
- Lengkapkan borang permohonan dan hantar bersama dokumen sokongan serta penyataan peribadi ke ed@mbam.org.my
- Anda juga perlu menghantar salinan borang permohonan dan dokumen sokongan secara pos kepada MBAM selewat-lewatnya 30 Jun 2025 jam 5:30 petang.
- Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi.
- Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.
- Untuk pertanyaan lanjut, sila e-mel ke mbam08@mbam.org.my atau hubungi Claire Wong di 03-7984 8636.
- Permohonan dibuka dari 1 Mei hingga 30 Jun 2025. Pelajar digalakkan untuk memohon awal.
Untuk pertanyaan lanjut berkaitan permohonan Biasiswa MBAM 2025:
Semoga permohonan anda berjaya dan maklumat ini bermanfaat untuk semua pelajar yang berkelayakan.