Return to site

Pembukaan Biasiswa Tan Sri Teh Hong Piow Legacy Tahun 2025/2026

BIASISWA

· BIASISWA
Pembukaan Biasiswa Tan Sri Teh Hong Piow Legacy Tahun 2025/2026

Public Bank Group menawarkan biasiswa Tan Sri Teh Hong Piow Legacy kepada pelajar cemerlang SPM. Biasiswa berprestij Tan Sri Teh Hong Piow Legacy Scholarship daripada Public Bank ini diperkenalkan bagi menghargai sumbangan mendiang Tan Sri Dato' Sri Dr. Teh Hong Piow kepada dunia kewangan dan pendidikan. Ia ditawarkan khas kepada pelajar yang cemerlang dari segi akademik, mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi, aktif dalam aktiviti kokurikulum dan memiliki pencapaian yang luar biasa.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 18 hingga 25 tahun
  • Minimum 5A dalam SPM atau kelayakan setara
  • CGPA sekurang-kurangnya 3.50 dalam Asasi/Matrikulasi atau setaraf
  • Telah menerima tawaran atau sedang mengikuti pengajian tahun pertama ijazah sarjana muda sepenuh masa di universiti awam atau swasta yang diiktiraf di Malaysia
  • Tidak menerima sebarang biasiswa atau anugerah kewangan daripada organisasi lain
  • Bersedia menandatangani ikatan kerja selepas tamat pengajian

broken image

Cara Permohonan

  1. Imbas kod QR atau klik butang APPLY NOW untuk muat turun borang permohonan
  2. Hantar borang permohonan lengkap bersama dokumen sokongan ke scholarship@publicbank.com.my sebelum 30 JUN 2025.
  3. Calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan dalam tempoh 3 minggu selepas tarikh penghantaran
  4. Permohonan dibuka pada 3 Jun 2025
  5. Lihat senarai dokumen yang diperlukan dan panduan langkah demi langkah untuk isi borang permohonan online (Senarai Dokumen) (Langkah-langkah Permohonan)

Jangan lepaskan peluang ini untuk membina masa depan anda bersama Public Bank!

broken image

Scan QR kod di atas untuk permohonan atau layari laman rasmi biasiswa.