
GXBank mempelawa pelajar yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Impian Gigih untuk tahun 2025. Biasiswa Impian Gigih ialah program biasiswa tajaan GXBank untuk pelajar yang akan melanjutkan pengajian di mana-mana universiti awam di Malaysia, dan berasal daripada isi rumah dengan pendapatan kasar bulanan RM8,000 dan ke bawah. Penerima biasiswa ini akan menerima sokongan kewangan dan pendidikan, khas untuk pelajar tahun pertama cemerlang yang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda di universiti awam Malaysia.
Faedah Biasiswa
Biasiswa ini merangkumi:
- Yuran pengajian penuh sepanjang tempoh pengajian ijazah
- Sokongan persediaan matrikulasi
- Program pendedahan ke luar negara
- Elaun sara hidup
- Peluang latihan industri di GXBank
- Kursus tambahan untuk membina ketahanan diri dan kemahiran masa depan

Kriteria Kelayakan Biasiswa Impian Gigih
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah bulanan kurang daripada RM8,000
- Berumur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan
- Mempunyai keputusan CGPA sekurang-kurangnya 3.3 ke atas di peringkat Asasi Sains / Matrikulasi / STPM / Diploma
- Tidak menerima sebarang biasiswa, tajaan atau ikatan daripada mana-mana penaja sepanjang tempoh pengajian
Peluang untuk pelajar cemerlang dari keluarga berpendapatan sederhana – mohon sebelum tarikh tutup!
Berapa Ramai Penerima Akan Dipilih Setiap Tahun untuk Biasiswa Impian Gigih?
Jumlah penerima akan dipilih secara terhad setiap tahun, berdasarkan penilaian yang teliti mengikut kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Hanya calon yang benar-benar layak dan paling sesuai akan dipilih sebagai penerima Biasiswa Impian Gigih.
Permohonan akan ditutup pada 30 Jun 2025.
Cara Memohon
Permohonan boleh dihantar melalui borang google document berikut:
atau klik link di bawah:
Untuk pertanyaan lanjut, layari laman web rasmi iklan biasiswa di link berikut: https://gxbank.my/impiangigih/biasiswa
Tarikh tutup permohonan ialah 30 Jun 2025. Calon digalakkan menghantar permohonan lebih awal bagi mengelakkan kelewatan.
Klik: Pautan Iklan Rasmi