Return to site

SST: Kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan Mulai 1 Julai 2025

INFORMASI

· INFORMASI
SST: Kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan Mulai 1 Julai 2025

Kerajaan Malaysia, melalui Belanjawan 2025, mengumumkan semakan kadar Cukai Jualan (Sales Tax) dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan (Service Tax) bermula 1 Julai 2025. Inisiatif ini bertujuan memperkuat kedudukan fiskal negara, meluaskan asas percukaian, dan menyokong sistem keselamatan sosial tanpa membebankan majoriti rakyat. Dalam artikel ini, kami kongsikan butiran cukai jualan dan cukai perkhidmatan SST yang bakal bermula 1 Julai 2025.

Apa itu SST?

SST ialah singkatan kepada Sales and Service Tax (Cukai Jualan dan Perkhidmatan). Ia adalah sistem cukai yang menggantikan GST pada tahun 2018. SST terdiri daripada dua komponen utama:

  1. Cukai Jualan: Dikenakan ke atas pengeluar atau pengilang.
  2. Cukai Perkhidmatan (CP) : Dikenakan ke atas penyedia perkhidmatan tertentu.

Skop Cukai Perkhidmatan (CP) SST

Mulai 1 Julai 2025, skop Cukai Perkhidmatan (CP) di bawah SST (Sales and Service Tax) akan diperluaskan meliputi 6 jenis perkhidmatan utama:

  1. Sewaan atau pajakan
  2. Kerja pembinaan
  3. Kewangan
  4. Jagaan kesihatan swasta
  5. Pendidikan
  6. Kecantikan
broken image

Butiran Cukai Perkhidmatan (CP) SST

Berikut adalah butiran cukai perkhidmatan SST yang baharu.

1. Sewaan dan pembinaan:

  • Tidak dikenakan cukai jika melibatkan rumah kediaman
  • Dikenakan hanya untuk bangunan komersial dan industri

2. Sewaan:

  • Tidak dikenakan cukai jika penyewa adalah PKMS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) dengan nilai jualan kurang daripada RM500,000

3. Pembinaan:

  • Tidak melibatkan kontraktor kecil dengan jualan tahunan di bawah RM1.5 juta

4. Kesihatan Swasta dan Pendidikan Tinggi:

  • Hanya dikenakan ke atas bukan warganegara

5. Pendidikan:

  • Hanya dikenakan ke atas sekolah dengan yuran pengajian melebihi RM60,000 setahun
  • Ini hanya melibatkan sekitar 30 sekolah antarabangsa teratas sahaja

6. Kecantikan

  • Nilai perkhidmatan bercukai mencapai nilai melebihi RM500,000 dalam 12 bulan.

Semak gambar dan infografik berikut untuk kefahaman lanjut.

broken image
broken image
broken image
broken image
broken image
broken image
broken image

Kadar dan Skop Cukai Jualan (Sales Tax)

  • Barangan asas kekal 0%, termasuk ayam, daging, sayur, beras, minyak masak, buku, ubat, dan bahan binaan asas.
  • Barangan pilihan/mewah dikenakan 5%, seperti salmon, king crab, strawberry import, essential oils, sutera, telefon pintar, dan jentera industri.
  • Barangan mewah premium dikenakan 10%, termasuk caviar, sirip ikan yu, minuman beralkohol, rokok, barangan kulit, basikal lumba dan karya seni antik.
broken image

Siapa yang tidak terlibat atau dikecualikan?

  • Penyewa PKMS dengan jualan < RM500,000
  • Kontraktor kecil dengan jualan < RM1.5 juta
  • Warganegara Malaysia bagi kesihatan swasta dan pendidikan tinggi
  • Sekolah biasa dengan yuran < RM60,000/tahun

Tarikh Pelaksanaan & Fasa Pematuhan SST

  • Tarikh pelaksanaan rasmi: 1 Julai 2025
  • Fasa transisi: tiada penalti dikenakan untuk pendaftaran dan pematuhan sehingga 31 Disember 2025

Kemas kini SST mulai 1 Julai 2025 menyasarkan pemantapan fiskal dengan membebankan barangan, perkhidmatan mewah dan sektor bukan asas, sambil mempertahankan pengecualian bagi pengguna dan golongan rentan. Peralihan kepada sistem SST bersasar dan inklusif ini memberi peluang kepada perniagaan untuk bersedia, dan kepada rakyat untuk terus tinggal di bawah beban kos hidup terkawal.