Return to site

Tarikh Cuti Umum Negeri Sabah dan Sarawak Tahun 2026

· INFORMASI
Tarikh Cuti Umum Negeri Sabah dan Sarawak Tahun 2026

Bagi anda yang tinggal di Sabah dan Sarawak atau merancang aktiviti pada tahun 2026, penting untuk mengetahui tarikh-tarikh cuti umum dan cuti persekolahan di kedua-dua negeri ini. Dalam panduan ini, kami kongsikan senarai Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri di Sabah dan Sarawak supaya anda boleh merancang percutian, aktiviti keluarga, atau sekadar menikmati masa rehat dengan lebih teratur. Tarikh cuti kadangkala boleh berubah mengikut pengumuman kerajaan Persekutuan atau Negeri, jadi pastikan anda menyemak kemas kini terkini dari semasa ke semasa. Dengan maklumat ini, perancangan masa lapang anda akan menjadi lebih mudah dan tersusun.

Tarikh Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri bagi Sarawak dan Sabah Tahun 2026

Berikut adalah senarai Hari Kelepasan Am di negeri Sarawak untuk tahun 2026:

  • 1 Januari (Khamis) – Tahun Baru
  • 17 Februari (Selasa) – Tahun Baru Cina
  • 18 Februari (Rabu) – Tahun Baru Cina Hari Ke-2
  • 21 Mac (Sabtu) – Hari Raya Aidilfitri
  • 22 Mac (Ahad) – Hari Raya Aidilfitri Hari Ke-2
  • 3 April (Jumaat) – Good Friday
  • 1 Mei (Jumaat) – Hari Pekerja / Hari Buruh
  • 27 Mei (Rabu) – Hari Raya Haji / Korban
  • 31 Mei (Ahad) – Hari Wesak
  • 1 Jun (Isnin) – Hari Gawai
  • 2 Jun (Selasa) – Hari Gawai Hari Ke-2
  • 1 Jun (Isnin) – Hari Keputeraan YDP Agong
  • 17 Jun (Rabu) – Awal Muharram (Maal Hijrah)
  • 22 Julai (Rabu) – Hari Sarawak
  • 25 Ogos (Selasa) – Maulidur Rasul
  • 31 Ogos (Isnin) – Hari Kebangsaan / Merdeka
  • 16 September (Rabu) – Hari Malaysia
  • 10 Oktober (Sabtu) – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak
  • 25 Disember (Jumaat) – Hari Krismas

Berikut adalah senarai Hari Kelepasan Am di negeri Sabah untuk tahun 2026:

  • 1 Januari (Khamis) – Tahun Baru
  • 17 Februari (Selasa) – Tahun Baru Cina
  • 18 Februari (Rabu) – Tahun Baru Cina Hari Ke-2
  • 21 Mac (Sabtu) – Hari Raya Aidilfitri
  • 22 Mac (Ahad) – Hari Raya Aidilfitri Hari Ke-2
  • 3 April (Jumaat) – Good Friday
  • 1 Mei (Jumaat) – Hari Pekerja / Hari Buruh
  • 27 Mei (Rabu) – Hari Raya Haji / Korban
  • 30 Mei (Sabtu) – Pesta Kaamatan (Pesta Menuai)
  • 31 Mei (Ahad) – Pesta Kaamatan Hari Ke-2
  • 31 Mei (Ahad) – Hari Wesak
  • 1 Jun (Isnin) – Hari Keputeraan YDP Agong
  • 17 Jun (Rabu) – Awal Muharram (Maal Hijrah)
  • 25 Ogos (Selasa) – Maulidur Rasul
  • 31 Ogos (Isnin) – Hari Kebangsaan / Merdeka
  • 16 September (Rabu) – Hari Malaysia
  • 4 Oktober (Sabtu) – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah
  • 8 November (Ahad) – Hari Deepavali
  • 24 Disember (Khamis) – Christmas Eve
  • 25 Disember (Jumaat) – Hari Krismas

Tarikh di atas adalah rujukan awal daripada pelbagai sumber. Sila semak pengumuman rasmi kerajaan Persekutuan dan Negeri Sarawak dan Sabah untuk kemaskini terkini cuti umum 2026.

Cuti Perayaan Persekolahan KPM 2026

Berikut adalah maklumat cuti perayaan untuk sesi persekolahan 2026 di Sarawak dan Sabah yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Takwim Akademik (Pindaan) yang boleh diakses di portal rasmi MOE.

Cuti ini merujuk kepada Kumpulan B, iaitu sekolah-sekolah yang terletak di negeri-negeri berikut: Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya. Maklumat ini penting untuk ibu bapa, pelajar, dan guru merancang percutian atau aktiviti keluarga sepanjang tahun 2026.

Section image

Baca lanjut:

https://www.kasturihijau.com/blog/kalendar-cuti-panjang-2026