Return to site

Tarikh Cuti Umum Negeri Selangor Tahun 2026

· INFORMASI
Tarikh Cuti Umum Negeri Selangor Tahun 2026

Bagi anda yang tinggal di Selangor atau merancang aktiviti pada tahun 2026, penting untuk tahu tarikh-tarikh cuti umum dan cuti persekolahan di negeri ini. Dalam panduan ini, kami kongsikan senarai Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri di Selangor supaya anda boleh merancang percutian, aktiviti keluarga, atau sekadar menikmati masa rehat dengan lebih teratur. Tarikh cuti kadangkala boleh berubah atas arahan kerajaan Persekutuan atau Negeri, jadi pastikan anda menyemak kemas kini terkini dari semasa ke semasa. Dengan maklumat ini, merancang masa lapang anda akan jadi lebih mudah dan teratur.

Tarikh Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri bagi Selangor Tahun 2026

Berikut adalah senarai Hari Kelepasan Am di negeri Selangor untuk tahun 2026:

  • 1 Januari (Khamis) – Tahun Baru
  • 1 Februari (Ahad) – Hari Thaipusam
  • 17 Februari (Selasa) – Tahun Baru Cina
  • 18 Februari (Rabu) – Tahun Baru Cina Hari Ke-2
  • 7 Mac (Sabtu) – Hari Nuzul Al-Quran
  • 21 Mac (Sabtu) – Hari Raya Aidilfitri
  • 22 Mac (Ahad) – Hari Raya Aidilfitri Hari Ke-2
  • 1 Mei (Jumaat) – Hari Pekerja / Hari Buruh
  • 27 Mei (Rabu) – Hari Raya Haji / Korban
  • 31 Mei (Ahad) – Hari Wesak
  • 1 Jun (Isnin) – Hari Keputeraan YDP Agong
  • 17 Jun (Rabu) – Awal Muharram (Maal Hijrah)
  • 25 Ogos (Selasa) – Maulidur Rasul
  • 31 Ogos (Isnin) – Hari Kebangsaan / Merdeka
  • 16 September (Rabu) – Hari Malaysia
  • 8 November (Ahad) – Hari Deepavali
  • 11 Disember (Jumaat) – Hari Keputeraan Sultan Selangor
  • 25 Disember (Jumaat) – Hari Krismas

Tarikh di atas adalah rujukan awal daripada pelbagai sumber. Sila semak pengumuman rasmi kerajaan Persekutuan dan Negeri Selangor untuk kemaskini terkini cuti umum 2026.

Cuti Perayaan Persekolahan KPM 2026

Berikut adalah maklumat cuti perayaan untuk sesi persekolahan 2026 di Selangor yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Takwim Akademik (Pindaan) yang boleh diakses di portal rasmi MOE.

Cuti ini merujuk kepada Kumpulan B, iaitu sekolah-sekolah yang terletak di negeri-negeri berikut: Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya. Maklumat ini penting untuk ibu bapa, pelajar, dan guru merancang percutian atau aktiviti keluarga sepanjang tahun 2026.

Section image

Baca lanjut:

https://www.kasturihijau.com/blog/kalendar-cuti-panjang-2026