
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka peluang kerjaya kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP bagi tahun 2025/2026. Pelantikan ini melibatkan penempatan di pelbagai negeri di seluruh Malaysia. Bagi individu yang berminat menjadi guru ganti, anda boleh memohon jawatan tersebut melalui permohonan di MYFutureJobs seperti langkah-langkah berikut.

Maklumat Jawatan
- Jawatan: Guru Ganti MySTEP
- Sektor: Kerajaan
- Lokasi Penempatan: Pelbagai negeri, seluruh Malaysia
- Tempoh Permohonan: Dibuka sepanjang tahun 2025/2026
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui Portal Pekerjaan Negara, MYFutureJobs. Pemohon dinasihatkan untuk menyemak kekosongan jawatan mengikut lokasi pilihan masing-masing seperti yang disenaraikan dalam portal tersebut.
Langkah-langkah Membuat Permohonan di MYFutureJobs
- Layari laman web MYFutureJobs.
- Klik menu Find Jobs pada bar navigasi.
- Masukkan kata kunci “Guru Ganti” di ruangan carian dan tekan butang Search.
- Pilih jawatan yang ingin dipohon berdasarkan lokasi penempatan.
- Klik butang Apply.
- Log masuk ke akaun MYFutureJobs atau daftar akaun baharu bagi pemohon yang belum berdaftar.
- Lengkapkan maklumat permohonan dan hantar permohonan secara dalam talian.
Makluman Penting
Tarikh tutup permohonan yang dinyatakan di portal adalah anggaran sahaja dan tertakluk kepada pengisian jawatan. Permohonan akan ditutup apabila semua kekosongan telah diisi. Oleh itu, pemohon digalakkan untuk memohon secepat mungkin. Semoga berjaya!