Return to site

Resepi Bubur Asyura Utara Asli yang Menyelerakan

MENU VIRAL

· MENU VIRAL
Resepi Bubur Asyura Utara Asli yang Menyelerakan

Bubur Asyura merupakan sejenis bubur manis yang sangat terkenal di kalangan masyarakat utara Semenanjung Malaysia, terutama di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Berbeza dengan versi Pantai Timur yang bertekstur seperti dodol, bubur Asyura Utara ini lebih lembut, berkuah dan dipenuhi campuran kekacang, ubi dan buah-buahan. Lazimnya dimasak beramai-ramai dalam gotong-royong sempena 10 Muharam, hidangan ini bukan sahaja lazat tetapi juga melambangkan semangat perpaduan.

Resepi Bubur Asyura Utara

Berikut adalah bahan dan cara membuat bubur asyura.

Bahan-bahan A (Bahan Asas Bubur):

  • 2 cawan tepung beras
    (Memberi tekstur lembut dan pekat kepada bubur)
  • 2 sudu besar tepung jagung
    (Untuk membantu memekatkan bubur secara halus)
  • 3 cawan pati santan
    (Gunakan santan pekat untuk rasa lemak yang lebih enak)
  • 4 cawan air biasa
    (Untuk mencairkan campuran tepung dan santan)
  • 1 sudu kecil garam
    (Seimbangkan rasa manis bubur)
  • 2 helai daun pandan – disimpul
    (Memberi aroma wangi semula jadi)
  • Gula: 1 cawan gula pasir dan 2 ketul kecil gula Melaka yang dicairkan bersama 1 cawan air dan biarkan sejuk terlebih dahulu

Cara penyediaan Bahan A:

Satukan kesemua bahan ini dalam satu mangkuk besar iaitu tepung beras, tepung jagung, santan, air, garam, daun pandan dan campuran gula yang telah dicairkan. Kacau sebati menggunakan whisk untuk elakkan berketul. Kemudian, tapis adunan ini supaya lebih halus sebelum dituangkan ke dalam kuali atau periuk.

Bahan-bahan B (Bahan Isian Bubur)

  • 1 tin jagung manis – ditapis airnya
  • ½ biji labu manis – dipotong dadu kecil
  • 2 biji ubi keledek (merah atau oren) – dipotong dadu kecil
  • 1 cawan kacang hijau – direbus hingga empuk
  • 1 cawan kacang merah – direbus hingga empuk
  • 5–6 biji pisang (pisang awak atau pisang emas) – dipotong bulat

Nota penting:
Semua bahan B kecuali pisang boleh dimasukkan terus bersama adunan Bahan A. Untuk memasukkan pisang disarankan di akhir proses memasak bagi mengelakkan pisang hancur terlalu awal.

Cara Memasak Bubur Asyura Utara

  1. Panaskan adunan Bahan A di dalam kuali besar atau periuk beralas tebal dengan api perlahan.
  2. Apabila adunan mula panas dan pekat, masukkan bahan-bahan B satu persatu iaitu jagung, labu, ubi keledek, kacang hijau, dan kacang merah.
  3. Kacau berterusan untuk mengelakkan adunan hangit atau berketul di dasar kuali.
  4. Setelah campuran sebati dan mula kelihatan berkilat (lebih kurang selepas 1 jam atau lebih memasak dengan sabar), masukkan pisang dan teruskan kacau selama beberapa minit sahaja.
  5. Apabila bubur sudah likat, berkilat dan semua bahan kelihatan masak sempurna, tutup api dan biarkan sejuk sedikit sebelum dihidang.

Tips & Cadangan Penyajian:

  • Bubur ini enak dimakan ketika masih suam atau selepas disejukkan.
  • Boleh disimpan dalam bekas bertutup dan dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk dinikmati keesokan hari rasanya akan lebih sebati!
  • Sesuai dihidangkan sebagai pencuci mulut atau juadah ringan ketika perhimpunan keluarga dan kenduri.
  • Selamat mencuba resepi bubur Asyura Utara ini yang kaya rasa, penuh nostalgia dan menyatukan kasih sayang dalam setiap senduk!

broken image

Kredit: Dapur Surina Abadi