
Siapa yang tak suka pencuci mulut yang mudah disediakan tetapi sedap hingga menjilat jari? Cheesekut merupakan salah satu pilihan terbaik kerana ia gabungan cream cheese yang lembut, biskut rangup, dan taburan nestum yang wangi – menjadikannya hidangan yang sempurna untuk semua peringkat usia.
Resepi Cheesekut confirm jadi ini sangat sesuai untuk mereka yang baru ingin mencuba memasak pencuci mulut sendiri di rumah. Dengan bahan-bahan yang mudah didapati dan langkah-langkah yang ringkas, anda boleh menyediakan lapisan cheesekut yang creamy, manis, dan sedap dalam masa yang singkat. Sama ada untuk minum petang, majlis kecil, atau dijadikan hidangan manis keluarga, resepi ini pasti memikat hati setiap penggemar dessert! Dalam artikel ini, kami kongsikan resepi cheesekut yang sangat mudah dan cepat.
Resepi Cheesekut Creamy
Bahan-bahan:
- Biskut cream cracker secukupnya
- Cream cheese
- Susu segar – ½ cawan
- Susu pekat manis – 5 sudu besar
- Nestum – untuk taburan (Brand Halal)
Cara Penyediaan:
- Masukkan cream cheese ke dalam mangkuk atau bekas.
- Tambahkan 5 sudu besar susu pekat manis.
- Masukkan ½ cawan susu segar.
- Gaul sebati sehingga adunan menjadi pekat dan licin.
- Sediakan satu bekas dan letakkan sedikit adunan cream tadi di dasar bekas.
- Sediakan mangkuk berisi susu segar. Celupkan biskut cream cracker satu persatu ke dalam susu.
- Susun biskut yang telah dicelup ke dalam bekas.
- Letakkan sedikit cream di atas biskut yang disusun.
- Ulang langkah 6–8 sehingga terbentuk lapisan tebal mengikut kesukaan.
- Taburkan nestum di atas lapisan cream yang terakhir.
- Masukkan bekas ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam untuk sejuk dan sebati.
- Cheesekut sedia untuk dihidang!




Selamat mencuba!
Kredit Utama: @sofeyaanasrinkhan