
Tahukah anda bahawa selawat yang mempunyai martabat paling tinggi di sisi Allah swt adalah Selawat Ibrahimiyah? Ketinggian martabat selawat ini disebut dalam sebuah hadis iaitu Imam As-Showi menyampaikan sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari RA, Rasulullah SAW :
مَنْ قَالَ هَذِهِ الصَّلاَةَ شَهِدْتُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِالشَّهَادَةِ وَشَفَعْتُ لَهُ
“Barang siapa membaca Selawat Ibrahimiyyah ini maka aku (Rasulullah) akan menjadi saksi bahawa orang tersebut wafat dalam keadaan imam membawa 2 kalimat syahadat dan aku (Rasulullah) berjanji akan memberikan syafaat kepadanya.”
مَنْ قَالَ هَذِهِ الصَّلاَةَ شَهِدْتُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِالشَّهَادَةِ وَشَفَعْتُ لَهُ
“Barang siapa membaca Selawat Ibrahimiyyah ini maka aku (Rasulullah) akan menjadi saksi bahawa orang tersebut wafat dalam keadaan imam membawa 2 kalimat syahadat dan aku (Rasulullah) berjanji akan memberikan syafaat kepadanya.”
Bahkan para ulama mengatakan bahwa orang yang membaca Selawat Ibrahimiyyah 1000 kali dalam satu malam maka minimum sekali dalam seumur hidupnya ia akan dapat bermimpi bertemu Rasulullah SAW :
وَذَكَرَ بَعْضُهُمْ اَنَّ قِرَاءَتَهَا اَلْفَ مَرَّةٍ تُوْجِبُ رُؤْيَةَ النَّبِي صَلَّي اللهُ عَلَيْهَ وَسَلَّمْ
“Sebahagian ulama berkata bahawa membaca Selawat Ibrahimiyyah ini 1000 kali maka membuat orang yang membaca dapat berjumpa Rasulullah SAW dalam mimpinya."”
وَذَكَرَ بَعْضُهُمْ اَنَّ قِرَاءَتَهَا اَلْفَ مَرَّةٍ تُوْجِبُ رُؤْيَةَ النَّبِي صَلَّي اللهُ عَلَيْهَ وَسَلَّمْ
“Sebahagian ulama berkata bahawa membaca Selawat Ibrahimiyyah ini 1000 kali maka membuat orang yang membaca dapat berjumpa Rasulullah SAW dalam mimpinya."”
Apakah itu Selawat Ibrahimiyyah?
Selawat Ibrahimiyyah ialah salah satu selawat yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, yang mengandungi doa khusus untuk dua nabi agung iaitu Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim AS.
Selawat ini dianggap sebagai selawat yang paling tinggi, afdhal, lengkap, indah dan sempurna dari segi lafaz serta makna. Oleh sebab itu, ia dibaca dalam ibadah solat, iaitu pada bacaan tahiyat akhir di separuh kedua.
Menurut Syaikh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani dalam kitab Afdhalush Shalawat ‘Ala Sayyid As-Sadat, selawat yang paling sempurna di antara semua bentuk selawat yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, para sahabat, ataupun disusun oleh para ulama, adalah Selawat Ibrahimiyyah.
Sejarah Selawat Ibrahimiyah
- Selepas Allah SWT menciptakan Nabi Adam AS, baginda melihat kalimah pertama iaitu لا إله إلا الله محمد رسول الله “Lā ilāha illallāh, Muhammadur Rasūlullāh”, lalu bertanya siapakah Muhammad. Allah menjawab bahawa Muhammad SAW adalah penutup segala Nabi, paling mulia antara semua Rasul.
- Umat Nabi Muhammad SAW diberikan banyak keistimewaan yang tidak dimiliki umat terdahulu. Nabi Adam AS menyebut empat kemuliaan yang khusus untuk umat Nabi Muhammad:
- Taubat Nabi Adam hanya diterima di Mekah, tetapi umat Nabi Muhammad boleh bertaubat di mana sahaja.
- Nabi Adam menjadi telanjang setelah berdosa, sedangkan umat Nabi Muhammad tetap diberi pakaian walaupun melakukan maksiat.
- Nabi Adam dipisahkan daripada isterinya setelah berdosa, sedangkan umat Nabi Muhammad tidak dipisahkan daripada pasangan mereka walaupun berdosa.
- Nabi Adam diusir dari syurga kerana berdosa di dalamnya, sedangkan umat Nabi Muhammad yang berdosa di luar syurga masih berpeluang masuk syurga jika bertaubat.
- Nabi Adam AS memohon agar dijadikan umat Nabi Muhammad SAW, tetapi Allah tidak memperkenankannya. Nabi Musa AS juga pernah memohon perkara yang sama, namun Allah menegurnya supaya redha dengan ketentuan-Nya.
- Hanya Nabi Ibrahim AS diberi sebahagian penerimaan doa. Walaupun Allah tidak memperkenankan Nabi Ibrahim menjadi umat Nabi Muhammad, Allah menjanjikan bahawa Nabi Muhammad akan lahir daripada keturunan baginda dan nama Nabi Ibrahim akan sentiasa disebut oleh umat Nabi Muhammad SAW.
- Atas sebab itulah, dalam solat lima waktu ketika bacaan tahiyat akhir, kita disunatkan menyebut nama Nabi Ibrahim AS bersama Nabi Muhammad SAW dalam bacaan Selawat Ibrahimiyah.
Bacaan Selawat Ibrahimiyah
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا صَلَّيْتَ عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَىٰ آلِ إِبْرَاهِيمَ
وَبَارِكْ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا بَارَكْتَ عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَىٰ آلِ إِبْرَاهِيمَ
فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Sumber: MADADCentre.com
Bacaan Rumi:
Allahumma salli ‘ala Muhammadin, Wa ‘ala ali Muhammadin, Kama sallaita ‘ala Ibrahima, wa ‘ala ali Ibrahima, wa barik ‘ala Muhammadin, wa ‘ala ali Muhammadin, Kama barakta ‘ ala Ibrahima, Wa ‘ ala ali Ibrahima, Fil a’lamina innaka hamidun Majid.
Maksud Selawat Ibrahimiyah:
Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim, Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
Kelebihan Selawat Ibrahimiyyah
Amalan Selawat Ibrahimiyyah mempunyai banyak kelebihan atau fadhilat yang besar bagi sesiapa yang istiqamah membacanya. Antara kelebihan tersebut ialah:
- Seseorang yang mengamalkan Selawat Ibrahimiyyah akan memperoleh pahala yang besar, kerana ia termasuk dalam kalangan selawat utama.
- Orang yang berselawat akan mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW pada hari akhirat.
- Setiap kali selawat dilafazkan, Malaikat akan menuliskan sepuluh kebaikan bagi orang tersebut.
- Allah SWT akan menghapuskan sepuluh kejahatan daripada dirinya pada setiap bacaan selawat.
- Rasulullah SAW sendiri akan menjawab secara langsung terhadap setiap selawat yang diucapkan oleh umatnya.
- Orang yang berselawat akan memperoleh kesejahteraan melalui doa Rasulullah SAW.
- Selawat menjadi pembuka jalan menuju syurga bagi sesiapa yang istiqamah mengamalkannya.
- Allah SWT bersama para Malaikat-Nya akan berselawat ke atas individu yang berselawat, sebagai tanda kemuliaan dan rahmat.
Sempena menyambut Maulidur Rasul, marilah kita sama-sama memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda Rasulullah saw, semoga suatu hari nanti kita mendapat syafaat Baginda dan menyelamatkan kita daripada siksa api neraka. InsyaAllah.