Return to site

Sekolah Rendah Agama Integrasi yang Terbaik dan Holistik

INFORMASI

· INFORMASI
Sekolah Rendah Agama Integrasi yang Terbaik dan Holistik

Dalam dunia yang semakin mencabar ini, ibu bapa tidak lagi hanya mencari sekolah untuk keputusan akademik yang cemerlang. Mereka mencari sebuah tempat yang menawarkan pembangunan akademik, karakter, sahsiah dan spiritual – sebuah ekosistem lengkap yang mampu membimbing anak-anak dengan kasih, menanamkan iman, mengasah bakat, serta mempersiapkan mereka untuk masa depan.

Itulah yang ditawarkan oleh Sekolah Rendah Agama Integrasi Al-Amin Darul Musthofa (AADMS) sejak 10 tahun yang lalu – sebuah perjalanan penuh dedikasi, kasih sayang, dan visi besar dalam membina generasi Muslim yang berilmu, berakhlak, dan berwawasan.

AADMS berdiri sebagai pilihan ibu bapa yang mahukan keseimbangan: ilmu duniawi digandingkan dengan nilai ukhrawi, pencapaian akademik diperkukuh dengan tarbiyah rohani, serta pembangunan bakat dipandu dengan adab dan akhlak mulia.

Satu Dekad Membina Generasi Holistik

Dalam tempoh ini, AADMS telah menjadi saksi kepada ribuan langkah kecil menuju kejayaan besar. Setiap pagi, anak-anak melangkah masuk ke perkarangan sekolah dengan harapan yang tinggi, dan setiap petang mereka pulang membawa ilmu, akhlak, dan pengalaman berharga yang membentuk diri mereka hari demi hari.

Kini, ramai alumni AADMS melangkah yakin ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan sekolah-sekolah khusus yang lain. Mereka membawa bersama bukan hanya ilmu akademik, tetapi juga nilai murni, keyakinan diri, disiplin, dan integriti yang telah disemai sejak kecil.

Tahun 2024 itu sendiri menjadi bukti kehebatan komuniti AADMS. Institusi dan staf menerima 2 anugerah berprestij di peringkat kebangsaan dan 4 pengiktirafan antarabangsa. Sementara itu, para pelajar di bawah bimbingan guru mengharumkan nama sekolah dengan 5 pencapaian di peringkat antarabangsa dan 71 pencapaian di peringkat kebangsaan.

Setiap pencapaian ini menjadi bukti bahawa pendidikan yang seimbang antara dunia dan akhirat mampu melahirkan generasi hebat – generasi yang mengharumkan nama sekolah, membanggakan ibu bapa, dan membawa harapan besar untuk masa depan ummah.

Section image
Section image
Section image
Section image

Keunikan yang Membuatkan Anak Tak Sabar ke Sekolah

Di AADMS, setiap hari adalah ruang untuk belajar dan membesar dalam suasana yang menyeronokkan:

  • Guru-guru penyayang dan prihatin yang mengenali setiap anak bukan sekadar sebagai pelajar, tetapi sebagai amanah.
  • Pembelajaran Riang (Joyful Learning) yang membuatkan anak-anak tidak sabar untuk datang ke sekolah setiap pagi, kerana mereka tahu belajar di sini bukan sekadar buku dan kelas, tetapi pengalaman yang hidup.
  • Kemudahan moden dan selesa: Makmal ICT, Makmal Sains, Studio Muzik, Perpustakaan, dan dewan besar yang menjadi saksi pelbagai aktiviti bermakna.
  • Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, membuka peluang dan keyakinan anak-anak di pentas global.
  • Penerapan nilai Islam setiap hari, dari tadarus seawal jam 7 pagi hingga pembelajaran ilmu fardu ain, menjadikan iman sebagai kompas hidup mereka.
  • Kemahiran abad ke-21 yang membina keyakinan, kepimpinan, pemikiran kritikal, kemahiran digital, dan pendedahan kepada dunia AI – semuanya untuk melahirkan generasi yang mampu bersaing di dunia tanpa sempadan.
Section image
Section image
Section image

Guided with Care, Grounded in Faith, Geared for the Future

Slogan AADMS, “Guided with Care, Grounded in Faith,Geared for the Future” atau “Dibimbing dengan Kasih, Berteraskan Iman, Bersedia untuk Masa Depan”, bukan sekadar kata-kata indah. Ia adalah janji yang dipegang teguh setiap hari oleh guru-guru dan warga AADMS.

Section image

Menurut Guru Besar Puan Shalhah binti Abdul Rahman:

“Kami bukan sahaja mendidik anak-anak untuk menjadi pelajar yang cemerlang, tetapi juga insan yang berakhlak mulia, beriman, dan berjiwa besar. Di sini, anak-anak dilatih bukan sahaja menguasai ilmu duniawi seperti Bahasa, Matematik, Sains, Kecerdasan Buatan, dan Teknologi Maklumat, tetapi juga kemahiran mengurus diri, disiplin, keyakinan, dan semangat berpasukan – kemahiran asas yang amat diperlukan pada masa kini dan akan datang. Kami percaya, kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat hanya dapat dicapai apabila ilmu, akhlak, dan iman berjalan seiring

Suara Ibu Bapa

Di AADMS, kepercayaan ibu bapa adalah keutamaan. Mereka melihat setiap ringgit yang dibelanjakan sebagai pelaburan berharga untuk masa depan anak-anak mereka.

Seorang ibu kepada tiga anak berkongsi:

“Salah satu sebab kami memilih AADMS ialah faktor kawalan keselamatan. Pengawal sekolah mengenali setiap ibu bapa dan anak-anak. Kalau ada orang yang tidak dikenali, memang anak-anak tidak akan dilepaskan keluar dari kawasan sekolah. Itu membuatkan kami rasa yakin dan tenang setiap hari.”

Seorang bapa kepada anak tunggal pula meluahkan rasa syukur:

“Saya mahu anak saya menjadi seorang profesional yang berjaya, bahkan yang lebih penting, seorang insan yang beradab, berakhlak, dan berintegriti. Saya lihat AADMS bukan sekadar mengajar ilmu, tetapi membentuk karakter dan jiwa. Yuran yang saya bayar setiap bulan bukan beban, tetapi pelaburan yang paling menguntungkan – pelaburan untuk masa depan anak saya, dunia dan akhirat.”

Membentuk Akhlak & Emosi Seawal Usia

Di sinilah akar kejayaan bermula – pada pembentukan akhlak dan emosi sejak usia sekolah rendah. Di AADMS, anak-anak bukan sahaja belajar ilmu dunia, tetapi juga ilmu akhirat, termasuk ilmu fardu ain yang menjadi panduan untuk hidup.

Mereka membesar sebagai insan yang yakin, berakhlak mulia, dan bersedia menghadapi cabaran dunia tanpa melupakan tujuan hidup sebenar.

Section image
Section image
Section image
Section image

Pencapaian yang Membanggakan

Sepanjang 10 tahun perjalanan ini, AADMS bukan sahaja melahirkan pelajar cemerlang, tetapi juga telah mengukir nama di persada kebangsaan dan antarabangsa:

  • Pemenang Elit Sekolah Agama Terbaik Tahun 2024, disampaikan oleh Persatuan Usahawan Pendidikan Swasta Malaysia.
  • Rising Star Partner Award Tahun 2024, oleh ICDL Asia, mengiktiraf usaha sekolah mengintegrasikan literasi digital global dalam kurikulum.
  • Guru-guru dan pelajar turut menyerlah dengan memenangi pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, membuktikan bahawa bakat mereka diasah dengan penuh dedikasi.
Section image
Section image

Dua Lokasi Strategik, Satu Visi

Untuk memudahkan akses kepada lebih ramai keluarga, AADMS kini beroperasi di dua lokasi utama:

  • AADMS Batu Caves – Pilihan utama untuk komuniti di Selayang, Gombak, Melawati, Sentul, Taman Melati, Rawang, Wangsa Maju, dan Setapak.
  • AADMS Elmina – Menjadi tumpuan keluarga dari Denai Alam, Bukit Subang, Puncak Perdana, Kampung Baru Subang, Alam Budiman, Setia Alam, Bukit Jelutong, Saujana Utama, Kota Damansara, dan Subang Bestari.

Tambahan pula, AADMS Batu Caves turut dilengkapi dengan tadika Islam yang memudahkan ibu bapa menghantar anak beradik di satu lokasi yang sama, tanpa perlu berulang-alik.

Section image
Section image

Langkah Bijak untuk Masa Depan Anak

Memilih sekolah bukan sekadar keputusan pendidikan – ia adalah keputusan kehidupan. Di AADMS, setiap anak dibimbing untuk menjadi insan yang cerdas akalnya, bersih hatinya, dan teguh imannya.

Jika anda mencari sekolah rendah agama integrasi yang memadukan kasih sayang, ilmu, iman, dan teknologi moden – AADMS adalah pilihan yang tepat.

Layari laman rasmi sekolah di www.darulmusthofa.my dan jadikan tahun ini tahun perubahan bermakna untuk masa depan anak anda.