
Setiap tahun, umat Islam di Malaysia menantikan pengumuman tarikh-tarikh penting dalam kalendar Islam sebagai panduan dalam merancang ibadah dan sambutan hari kebesaran Islam. Bagi tahun 2026M bersamaan 1447H/1448H, pengumuman tarikh seperti Awal Ramadan adalah amat penting khususnya bagi ibadah puasa dan perayaan, dan ia tertakluk kepada pengisytiharan rasmi oleh pihak berautoriti selepas proses cerapan anak bulan dijalankan. Dalam artikel ini, kami kongsikan jangkaan tarikh 1 Ramadan 1447H dan doa memasuki bulan Ramadan,
Pengumuman Puasa 2026 & Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan di Malaysia
Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan ibadah puasa umat Islam di Malaysia pada tahun 2026 ditetapkan pada petang 17 Februari, bersamaan 29 Syaaban 1447H.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja telah memperkenankan bahawa kaedah penetapan tarikh awal Ramadan adalah berdasarkan gabungan kaedah rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan falak).
Pengisytiharan rasmi tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam tersebut melalui siaran radio dan televisyen.
Seperti amalan setiap tahun, jawatankuasa yang diperkenankan akan menjalankan cerapan anak bulan di beberapa lokasi yang telah ditetapkan di seluruh negara.
Secara jangkaan, umat Islam di Malaysia dijangka mula berpuasa pada 19 Februari 2026 (khamis), tertakluk kepada hasil cerapan anak bulan pada hari berkenaan.

Sumber: Kelantan Daily
Tarikh Mula Berpuasa di Malaysia bagi Tahun 2026
Tarikh mula berpuasa di Malaysia bagi tahun 2026 dijangka jatuh pada 19 Februari 2026, bersamaan 1 Ramadan 1447H. Tarikh ini menandakan permulaan Awal Ramadan bagi umat Islam di seluruh negara. Walau bagaimanapun, pengisytiharan rasmi akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas proses melihat anak bulan dijalankan, dan ia tertakluk kepada pengumuman rasmi pada malam berkenaan.
Berikut ialah tarikh-tarikh penting Islam tahun 2026 di Malaysia:
- 17 Januari 2026 (27 Rejab 1447H) – Israk dan Mikraj
- 19 Februari 2026 (1 Ramadan 1447H) – Awal Ramadan / Berpuasa*
- 7 Mac 2026 (17 Ramadan 1447H) – Nuzul al-Quran
- 21 Mac 2026 (1 Syawal 1447H) – Hari Raya Puasa / Aidilfitri*
- 18 Mei 2026 (1 Zulhijjah 1447H) – Awal Zulhijjah
- 27 Mei 2026 (10 Zulhijjah 1447H) – Hari Raya Korban / Aidiladha*
- 17 Jun 2026 (1 Muharam 1448H) – Awal Muharam / Maal Hijrah
- 25 Ogos 2026 (12 Rabiulawal 1448H) – Maulidur Rasul
Nota: Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia.

Doa Apabila Melihat Anak Bulan Ramadan
Rasulullah SAW telah mengajarkan doa untuk dibaca apabila melihat anak bulan Ramadan:
اللهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلامَةِ وَالْإِسْلامِ، رَبِّي وَرَبُّكَ اللهُ
Maksudnya: “Ya Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.”
اللهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلامَةِ وَالْإِسْلامِ، رَبِّي وَرَبُّكَ اللهُ
Maksudnya: “Ya Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.”
Perbanyakkan berdoa dan memohon keampunan agar kita diberikan sebanyak-banyak kesempatan untuk melaksanakan amalan soleh. In sha Allah.

Doa Menyambut Bulan Ramadan
اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا
Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).”
Diriwayatkan oleh al-Tabarani di dalam al-Du’a (913) dan Abu Nu’aim al-Asbahani di dalam Hilyah al-Auliya’ (3/69)

Sumber: JAKIM
Semoga senarai tarikh-tarikh penting Islam bagi tahun 2026 ini dapat membantu umat Islam membuat persediaan awal dari segi ibadah, perancangan keluarga dan cuti. Walaupun tarikh telah dijangka berdasarkan takwim, umat Islam disarankan untuk menunggu pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bagi memastikan ketepatan hari kebesaran yang akan disambut. Mudah-mudahan setiap detik dalam kalendar Islam ini dimanfaatkan dengan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.