
Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) kembali dengan edisi ke-17 yang berlangsung dari 20 hingga 24 Mei 2025 di Pulau Langkawi, Malaysia. Acara ini merupakan platform utama di Asia Pasifik untuk industri pertahanan dan komersial dalam sektor aeroangkasa dan maritim. Dikongsikan di sini pengenalan tentang LIMA 2025 dan cara pembelian tiket LIMA 2025.
Pengenalan LIMA 2025
- Temui Inovasi untuk PERTAHANAN • KOMERSIAL • AEROANGKASA • MARITIM • INOVASI • KELANGSUNGAN • PENDIDIKAN
- LIMA, atau Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi, merupakan satu-satunya pameran seumpamanya di dunia. Ia berfungsi sebagai platform utama untuk sektor pertahanan, komersial dan industri. Diadakan dua tahun sekali, pameran ini memberi tumpuan kepada sektor maritim dan aeroangkasa di rantau Asia Pasifik dan diiktiraf sebagai acara perdagangan dan pameran khusus yang tiada tandingan di peringkat global.
- Edisi ke-17 LIMA akan berlangsung dari 20 hingga 24 Mei 2025 di Pulau Langkawi.

Tema dan Objektif
Dengan tema "Innovate Today, Thrive Tomorrow", LIMA 2025 menekankan kepentingan inovasi dalam memperkukuh daya saing industri. Pameran ini bertujuan untuk membuka peluang baharu kepada usahawan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor aeroangkasa dan maritim.
Lokasi dan Tarikh
LIMA 2025 diadakan di dua lokasi utama:
- Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC): Menjadi tuan rumah bagi pameran dan pertunjukan udara.
- Resorts World Langkawi (RWL): Menampilkan pameran dan demonstrasi maritim.
Pameran ini dibuka kepada pelawat perdagangan dari 20 hingga 22 Mei, dan kepada orang awam pada 23 dan 24 Mei.
Pertujukan dan Pameran
LIMA 2025 menampilkan pelbagai acara dan pameran, termasuk:
Pertunjukan Udara dan Maritim: Demonstrasi melibatkan 57 pesawat dan 39 aset maritim dari pelbagai negara seperti Brazil, Perancis, Itali, Singapura, Indonesia, dan Amerika Syarikat.
- Pameran Inovasi: Menampilkan teknologi terkini dalam bidang dron, pesawat elektrik, dan keselamatan siber.
- Persidangan dan Forum: Termasuk Women, Peace and Security Conference, MyAero Conference, dan Malaysian Yachting Conference yang membincangkan isu-isu semasa dan masa depan industri.
- Pameran Kerjaya: Memberi peluang kepada pencari kerja dalam bidang maritim, aeroangkasa, keselamatan siber, dan teknologi angkasa.

Penyertaan Antarabangsa LIMA 2025
Pameran ini menarik penyertaan global dengan kehadiran delegasi dan aset ketenteraan dari pelbagai negara, menjadikannya platform penting untuk kerjasama antarabangsa dalam bidang pertahanan dan teknologi.
- Penyertaan Industri:
Lebih daripada 600 syarikat tempatan dan antarabangsa dalam sektor pertahanan dijangka mengambil bahagian dalam pameran kali ini. - Jumlah Pengunjung dan Delegasi:
Pameran ini berkemungkinan besar akan menarik sekitar 50,000 delegasi perdagangan ke Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Langkawi. - Aset Pameran:
Kira-kira 110 buah pesawat dan 110 aset maritim, meliputi penggunaan ketenteraan dan komersial, dijangka dipamerkan sepanjang acara berlangsung. - Penyertaan Antarabangsa:
Meskipun senarai lengkap peserta masih belum disahkan, berdasarkan penyertaan dalam LIMA terdahulu, kehadiran syarikat-syarikat antarabangsa terkemuka dijangka, antaranya:
- Airbus (United Kingdom)
- MBDA (Perancis)
- Kongsberg (Norway)
- Korea Aerospace Industries (KAI)
- Aselsan, Roketsan, dan Havelsan (Turki)
Jemputan Kenamaan:
Lebih daripada 400 tetamu kenamaan dijangka hadir, termasuk Menteri Pertahanan dan Menteri Pengangkutan dari pelbagai negara, pegawai tinggi kerajaan, serta ketua-ketua perkhidmatan ketenteraan.
LIMA 2025 bukan sekadar pameran, tetapi juga simbol komitmen Malaysia dalam memajukan industri pertahanan dan komersial melalui inovasi dan kerjasama antarabangsa. Dengan pelbagai acara dan pameran yang menarik, ia menawarkan pengalaman yang mendalam bagi semua yang terlibat dalam sektor ini.
Pembelian Tiket LIMA 2025
Berikut adalah langkah-langkah untuk membeli tiket mengikut kategori yang ditetapkan:
- Layari Laman Web Rasmi
Kunjungi pautan: registration.lima2025.com - Pilih Kategori Tiket
Klik pada kategori tiket yang sesuai. Untuk pengunjung awam, pilih butang ‘Public Visitor Ticket Purchase’. - Isi Maklumat Peribadi
Pilih jenis tiket dan tarikh lawatan. Lengkapkan borang dengan maklumat peribadi yang diperlukan, kemudian klik ‘Add to Cart’. - Lakukan Pembayaran
Pilih kaedah pembayaran yang dikehendaki dan selesaikan transaksi. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul sebelum meneruskan. - Terima Pengesahan dan E-Voucher
Setelah pembayaran berjaya, e-voucher atau tiket digital akan dihantar ke alamat emel yang didaftarkan.
Nota: Simpan e-voucher anda dan bawa pada hari lawatan sebagai bukti kemasukan.
Harga Tiket Masuk LIMA 2025
Khusus untuk orang awam. Semua pengunjung dalam kategori percuma (*) mesti menunjukkan kad pengenalan semasa masuk.
- Kategori Biasa
- Secara Terus: RM45/seorang
- Secara Dalam Talian: RM35/seorang
- Kategori Pelajar (umur 13 – 18 tahun)
- Secara Terus: RM20/seorang
- Secara Dalam Talian: RM15/seorang
- Masuk Percuma (dengan kad pengenalan)
- Warga Emas (60 tahun ke atas)
- Kanak-kanak bawah 12 tahun
- Orang Kelainan Upaya (OKU)
Nota Penting:
- Tiket tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh dipindah milik.
- Untuk maklumat lanjut, lawati laman web rasmi: www.lima2025.com


Sumber dan Kredit: LIMA 2025 & Kementerian Pertahanan Malaysia