Return to site

Tadika Islam Al-Amin Darul Musthofa Cipta Keunggulan Pendidikan Awal

INFORMASI

· INFORMASI
Tadika Islam Al-Amin Darul Musthofa Cipta Keunggulan Pendidikan Awal

Membimbing Hati Si Kecil Dengan Kasih, Iman & Keriangan (Guiding Little Hearts with Love, Faith & Fun) — inilah pegangan yang menjadi nadi kepada setiap langkah pendidik di Tadika Islam Al-Amin Darul Musthofa (AADMECC). Bagi mereka, mendidik bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi satu amanah suci untuk membimbing hati-hati kecil agar membesar dengan kasih, iman dan penuh keriangan.

Di AADMECC, pendidikan tidak terhenti pada keupayaan anak-anak membaca, menulis dan mengira (3M) semata-mata. Lebih daripada itu, pendekatan di AADMECC diperluaskan kepada “M” yang lain — iaitu mengaji dan menghafaz al-Quran, mengurus diri, merekacipta, memupuk adab, membina keyakinan dan mencungkil bakat. Setiap anak diajar bukan sekadar untuk tahu membaca, menulis dan mengira, tetapi untuk membesar menjadi insan yang seimbang antara ilmu, iman dan akhlak.

Section image

Pendidikan Yang Menyentuh Jiwa

Sejak ditubuhkan pada tahun 2016 di bawah naungan Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad (PPAB), AADMECC berdiri dengan falsafah bahawa setiap anak lahir dengan fitrah yang bersih — dan tugas pendidik adalah membimbingnya dengan penuh kasih agar berkembang menjadi insan seimbang dari segi intelektual, spiritual, emosi dan sosial.

Gabungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dengan pendekatan Montessori Islamik menjadikan AADMECC antara tadika Islam moden dan progresif di Lembah Klang, tanpa meninggalkan sentuhan tarbiyah dan nilai ihsan.

Pendidikan di AADMECC tidak terikat pada buku semata-mata. Setiap hari anak-anak dibimbing dengan kasih melalui aktiviti Islamik yang menyeronokkan seperti Circle Time, Tiny Talents Talk, Islamic Way of Life dan Sirah Rasul & Solawat — ruang di mana mereka belajar berbicara dengan yakin, menghormati rakan dan menzahirkan akhlak mulia.

Menariknya, AADMECC bukan sahaja menjadi pilihan penduduk Batu Caves, tetapi turut dipercayai oleh ibu bapa dari kawasan sekitar seperti Rawang, Sentul, Gombak, Selayang, Gombak Setia, Sungai Tua, Danau Kota, Setapak, Kepong, Keramat, Taman Melati dan Taman Batu Muda — menjadikan pusat ini antara tadika Islam paling dipercayai di Lembah Klang Utara.

Section image

Melalui aktiviti menanam pokok di kawasan luar, anak-anak belajar tentang tanggungjawab menjaga alam dan mensyukuri nikmat ciptaan Allah

Teknologi & Inovasi Dalam Pembelajaran

Seiring dengan tren era digital hari ini, AADMECC turut melangkah ke hadapan dengan pembelajaran berasaskan teknologi dan kecerdasan buatan (AI). Menerusi pembelajaran komputer dan ICT, murid diperkenalkan kepada asas literasi digital melalui aktiviti interaktif dan permainan pendidikan yang membina kemahiran logik, kreativiti serta penyelesaian masalah.

Section image

Teknologi Realiti Maya membuka ruang kepada anak-anak meneroka kisah-kisah nabi secara lebih hidup

Bagi membina kemahiran abad ke-21, anak-anak turut didedahkan kepada pengaturcaraan (coding) menggunakan ScratchJR, iaitu aplikasi grafik yang membantu mereka belajar secara visual dan menyeronokkan. Selain itu, penggunaan teknologi Virtual Reality (VR) turut memperkayakan pengalaman anak-anak dalam pembelajaran sirah nabi-nabi terdahulu, membolehkan mereka memahami kisah mereka para rasul secara lebih hidup dan mendalam.

Teknologi ini juga akan diperluas kepada subjek Sains dan Matematik, memberi peluang kepada anak-anak meneroka dunia ciptaan Allah secara maya sambil menanam rasa kagum dan kesyukuran terhadap kebesaran-Nya.

Pendekatan ini menggabungkan teknologi, nilai dan tarbiyah, menjadikan setiap pembelajaran bukan sahaja mencerdaskan akal, tetapi juga menyentuh hati.

Section image

Tadika Islam Al-Amin Darul Musthofa menerima lawatan pendidikan daripada rombongan Sekolah Integrasi dari Indonesia.

Kemudahan Selesa & Mesra Kanak-Kanak

Persekitaran AADMECC turut direka untuk memberi keselesaan dan keselamatan optimum kepada anak-anak.

Tadika ini dilengkapi dengan bilik ICT moden, taman permainan dalaman (indoor playground), serta kawasan luar berpagar yang luas, membolehkan pelbagai aktiviti luar bilik darjah dijalankan dengan selamat dan menyeronokkan.

Selain itu, AADMECC turut mempunyai dewan besar serbaguna yang menjadi tempat berlangsungnya pelbagai majlis seperti persembahan pelajar, sambutan hari istimewa dan aktiviti kerjasama dengan ibu bapa.

Setiap ruang direka dengan konsep child-friendly — ceria, bersih dan kondusif — agar anak-anak bebas bergerak, berinteraksi dan meneroka sambil belajar dalam suasana penuh keriangan.

Section image

Keriangan tetap berterusan di taman permainan dalaman tadika — tempat anak-anak bermain, ketawa dan belajar dalam suasana selamat walaupun hujan di luar.

Mendidik Dengan Hati

Pengurus tadika, Teacher Diyana,berkongsi bahawa pendekatan kasih sayang dan keseimbangan emosi menjadi kunci utama kepercayaan ibu bapa.

Section image

Nur Diyana Mohd Nawawi – Pengurus Tadika Al-Amin Darul Musthofa


“Kami faham, setiap anak berbeza — ada yang petah, ada yang pemalu, ada yang perlahan-lahan menyesuaikan diri. Di sinilah kami hadir bukan sekadar sebagai guru, tetapi teman pertama anak-anak dalam perjalanan ilmu mereka.

Kami mahu anak-anak datang ke sekolah dengan hati yang gembira, bukan dengan tangisan atau rasa takut. Kami mahu mereka teruja untuk belajar, bermain dan mengenal dunia dengan cara yang menyeronokkan dan penuh kasih. Bila anak gembira, belajar jadi mudah, dan itulah asas kejayaan sebenar,” jelasnya dengan senyuman penuh keikhlasan.

Seorang ibu, Puan Shaidatul turut berkongsi pengalaman manisnya bersama AADMECC — dengan nada penuh rasa syukur yang hampir bergetar ketika bercerita:

“Anak saya dulu susah bangun pagi dan selalu takut nak ke sekolah. Tapi sejak masuk AADMECC, semuanya berubah. Sekarang dia sendiri bangun awal dengan senyuman, tak sabar nak ke tadika. Dalam masa dua bulan saja, saya nampak perubahan luar biasa — dia mula boleh membaca, menulis, mengira, mengaji dan menghafaz doa dengan yakin. Sebagai ibu, saya rasa sangat bersyukur dan terharu… sebab yang paling penting, dia gembira di sekolah. Dia belajar dengan hati yang tenang dan seronok, bukan dalam tekanan,” katanya sebak namun tersenyum.

Dari Kasih ke Kejayaan

Segala usaha ini akhirnya membuahkanhasil. Tahun 2025 menyaksikan AADMECC dinobat sebagai Best Islamic Preschool (Batu Caves) dalam Malaysia Education Star Awards (MESA) — pengiktirafan terhadap keunggulan pendidikan Islam awal yang seimbang antara nilai dan
inovasi.

Section image

Sesi Penyampaian Pemenang Tadika Islam Terbaik (Batu Caves) dalam Malaysia Education Star Awards (MESA) 2025

Lebih membanggakan, pada tahun sebelumnya (2024), AADMECC turut menerima pengiktirafan sebagai Qualifier for The Best Preschool of the Year oleh Private Education Entrepreneur Association of Malaysia (PEEAM).

Bagi warga pendidik AADMECC, kejayaan ini bukan sekadar trofi, tetapi tanda cinta dan keikhlasan dalam membimbing anak-anak kecil mengenal ilmu, iman dan kehidupan dengan penuh keriangan.

Section image

Shalhah Abdul Rahman – Guru Besar Al-Amin Darul Musthofa

Guru Besar Al-Amin Darul Musthofa, Puan Shalhah Abdul Rahman, menyifatkan kejayaan AADMECC sebagai hasil keikhlasan guru-guru dalam memahami emosi dan jiwa anak-anak yang sedang membesar mengenal dunia ilmu.

“Di AADMECC, kami percaya setiap anak datang dengan hati yang suci. Guru-guru kami bukan sekadar mengajar, tetapi menyelami emosi dan memahami cara mereka belajar. Kami mendidik dengan kasih, agar setiap anak membesar dengan keyakinan, ketenangan dan kecintaan kepada ilmu serta Islam,” ujarnya penuh syukur.

Harapan Yang Terus Mekar

AADMECC bertekad untuk terus memperkukuh kurikulum Islamik, memperluas program pembangunan sahsiah dan menanam nilai kepimpinan dalam diri anak-anak seawal usia prasekolah.

Mereka percaya bahawa pendidikan awal yang dibina atas dasar kasih, iman dan keriangan akan terus melahirkan generasi kecil yang bukan sahaja cemerlang di dunia, tetapi juga di akhirat — kerana setiap hati kecil yang dibimbing dengan cinta dan keimanan, akan membesar menjadi cahaya yang menyinari ummah.

Sebagai tanda kasih dan keterbukaan, AADMECC menjemput ibu bapa untuk membawa anak-anak menyertai kelas percubaan secara percuma, agar anda dapat melihat sendiri suasana pembelajaran, pendekatan guru dan keserasian anak bersama dunia pembelajaran Islamik yang ceria dan berjiwa kasih.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.darulmusthofa.my atau hubungi pihak tadika di 013-234 7310. Rasai sendiri keindahan pendidikan berasaskan kasih, iman dan keriangan — kerana setiap langkah kecil hari ini membentuk masa depan besar untuk anak anda.

Baca Lagi:

Section image